Followers

Wednesday, December 17, 2014

ISU Hudud kembali disuarakan oleh DAP.

MEMBENARKAN UMNO TERUS BERKUASA BERERTI KITA MELAMBAT-LAMBATKAN PERLAKSANAAN HUDUD

 

Hakikatnya DAP memang sejak dahulu tidak pernah bersetuju dengan Hudud dan kita orang-orang Islam terutamanya dari PR sudah lama sedar akan perkara ini.

Maka, tidaklah memeranjatkan jika DAP ulang semula pendiriannya. Apakah kita perlu gundah gulana?

Hudud bukan perjuangan PAS semata-mata tetapi itu adalah hak umat Islam sejagat.

Di negara kita ini, sesiapa yang mengaku berugama Islam tidak kira di pihak mana ideologi politik mereka wajib menyokong Hudud.

Menolak Hudud secara mutlak dan total hukumnya Kafir. Bagaimana mahu laksanakan Hudud?

Aku teringat kata-kata YB Hanipa Maidin (AJK PAS Pusat) bahawa sekiranya beliau diberi pilihan samada Putrajaya atau Hudud, pasti beliau memilih Putrajaya. Apakah Hanipa menolak Hudud secara total atau Hanipa menghina hukum Hudud?

Tentu tidak. Beliau memilih pendekatan untuk mara ke Putrajaya terlebih dahulu kerana Hudud mustahil boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa kuasa di Putrajaya. Ertinya, wajib ke Putrajaya. Solat itu wajib, mahu solat perlu kepada pakaian menutup aurat.

Ertinya, berusaha mencari pakaian itu hukumnya wajib juga. Itu satu pendekatan yang dipilih oleh Hanipa.

Mungkinkah ada pendekatan lain tanpa ke Putrajaya kita boleh laksanakan Hudud? Jika ada, silakan kita pilih pendekatan itu.

Ertikata lain, berbeza pendekatan itu adalah hikmah di dalam Islam untuk melaksanakan cita-cita Islam.

Siapa yang mempunyai pendekatan yang terbaik, yang lebih licin, teratur dan pantas untuk merealisasikan hukum Hudud itu, maka itulah orang yang bijaksana.

Sesiapa yang mempunyai pendekatan yang jauh, kurang teratur dan penuh dengan ranjau untuk melaksanakan Hudud, mereka tidak salah tetapi kurang bijak berbanding yang tadi.

Aku samasekali membantah DAP jika DAP menentang perlaksanaannya, tetapi aku boleh saja terima sekadar DAP tidak bersetuju kecuali yang Islam di dalam DAP menolak juga Hudud maka hukumnya tetap Kafir.

Apakah kerana DAP tidak bersetuju maka kita harus hentikan usaha untuk melaksanakannya? Tidak mungkin.

Kewajipan kita mesti diteruskan tetapi alangkah bijaknya jika kita berjaya tunjukkan kepada DAP bahawa Islam itu Syumul, bukan Hudud sahaja. Jika di dalam aspek lain yang mudah dilaksanakan pun kita gagal tunjukkan pada DAP, mana mungkin DAP lebih yakin dengan Hudud?

Pendapat peribadi aku, apakah salah jika kita usahakan dulu tuntutan Islam yang lebih universal dan majmuk yang dipersetujui semua sementara kita terus menyediakan persediaan ke arah perlaksanaan Hudud?

Maknanya, lakukan tuntutan Islam yang lain di dalam masa yang sama Hudud terus dipersiapkan. Jangan tinggalkan Hudud hanya kerana kita ingin mengamalkan tuntutan Islam yang lain.

DAP mungkin akan terima Hudud di satu ketika nanti apabila kita berjaya buktikan bahawa Islam itu Syumul dan banyak perkara yang boleh menguntungkan semua serta memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama. Sehubungan itu, jangan kita mudah melatah dengan karenah lama DAP ini.

Adakah kita sanggup membenarkan Umno terus berkuasa hanya kerana DAP berbeza sikap dengan kita tentang Hudud? Membenarkan Umno terus berkuasa bererti kita membantu melambat-lambatkan Hukum Hudud ini dari dilaksanakan.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.