Followers

Tuesday, December 16, 2014

Hudud musnahkan harapan Pakatan ke Putrajaya, kata NGO - OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab berkata beliau risau akan kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. 

Cadangan PAS membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen hanya akan meranapkan harapan parti pembangkang itu menawan Putrajaya, kata badan bukan kerajaan (NGO) Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).

Lensa yang pro Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, ketika majoriti rakyat memberikan undi popular kepada PR semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, PAS seharusnya menumpukan kepada usaha memulihkan hubungan dalam gabungan parti pembangkang itu.

"Kita risau (akan) kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. Impaknya lagi besar. Kita boleh kehilangan masa emas ketika PR berada pada ambang kemenangan di mana 52% rakyat memberi undi popular.

"Lebih 52% beri kepercayaan kerana agenda di bawah PR sebelum ini ialah agenda kebajikan dan agenda yang jelas dapat diterima rakyat,” kata Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab ketika ditemui The Malaysian Insider.

Beliau berkata, sebelum PRU13, hudud tidak diperkenalkan PR dalam Buku Jingga, sekali gus berjaya mendapat kepercayaan rakyat.

Katanya, pemimpin PAS perlu serius berbincang bagi memastikan sama ada sekarang masa yang sesuai membentangkan rang undang-undang hudud atau tidak.

"Selepas PRU13, agenda hudud diperjuangkan PAS boleh menutup kembali kepercayaan yang rakyat berikan kepada Buku Jingga," katanya sambil mendakwa sesuatu yang mustahil sekiranya PAS mahu semua rakyat Malaysia memahami hudud. 

"Garis perdana pada pandangan Lensa hari ini ialah garis yang boleh menyatukan semua rakyat bagi mencapai perubahan utama. Bukan isu yang menyebabkan perpecahan,” katanya. 

Syukri berkata, parti dalam PR perlu segera menghentikan pendedahan buruk kepada umum yang secara jelas menampakkan kelemahan dalam hubungan mereka.

Katanya, kelemahan dalam PR itu perlu segera diatasi sebelum rakyat memalingkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

"Cukup-cukuplah dedah masalah rumah tangga itu kepada awam,” katanya.

Katanya, sebagai 'gabungan harapan rakyat', PR tidak sepatutnya mendedahkan isu dalamannya kepada umum.

"Apa yang mereka lihat ialah kegagalan mengurus konflik antara parti. Ini satu mesej sangat tidak sihat pada rakyat.

"Tidak bermesyuarat selama enam bulan, perkara ini memalukan bila rakyat tahu. Bagaimana sebuah gabungan dalam Malaysia tidak mesyuarat selama enam bulan? Bagaimana mereka hendak perintah Putrajaya nanti?" soalnya.

Katanya, beliau khuatir sekiranya PR tidak memulakan satu "kesegaran" pada 2015 dan ia berterusan hingga 2018.

"Itu trend yang kita lihat kini,” katanya kepada The Malaysian Insider. 

Mengulas dakwaan Badrul Hisham Shaharin, lebih dikenali sebagai CheguBard, Syukri berkata apa yang didedahkan bekas ketua cabang PKR Rembau itu ialah sesuatu yang serius.

Katanya, Lensa akan mendapatkan penjelasan Badrul bagi memahami keadaan sebenar sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal berkenaan. 

"Kita kenal CheguBard. Kita tidak rasa dia buat sembarangan. Mungkin dia ada hujah mengapa dia buat macam itu," katanya sambil menambah yang Lensa akan menyatakan pendiriannya mengenai perkara itu sebelum tahun depan. 

Beliau merujuk kenyataan CheguBard mengenai 5 ahli Dewan Undangan Negeri PR Selangor yang menarik balik sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa dicalonkan sebagai menteri besar Selangor. – 15 Disember, 2015.
 
http://www.themalaysianinsider.com

Hudud musnahkan harapan Pakatan ke Putrajaya, kata NGO

Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab berkata beliau risau akan kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. – Gambar fail The Malaysian Insider,15 Disember, 2015.Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab berkata beliau risau akan kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. – Gambar fail The Malaysian Insider,15 Disember, 2015.Cadangan PAS membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen hanya akan meranapkan harapan parti pembangkang itu menawan Putrajaya, kata badan bukan kerajaan (NGO) Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa).
Lensa yang pro Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, ketika majoriti rakyat memberikan undi popular kepada PR semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, PAS seharusnya menumpukan kepada usaha memulihkan hubungan dalam gabungan parti pembangkang itu.
"Kita risau (akan) kelam kabut jika hudud dibuat sekarang. Impaknya lagi besar. Kita boleh kehilangan masa emas ketika PR berada pada ambang kemenangan di mana 52% rakyat memberi undi popular.

"Lebih 52% beri kepercayaan kerana agenda di bawah PR sebelum ini ialah agenda kebajikan dan agenda yang jelas dapat diterima rakyat,” kata Pengarah Komunikasi Lensa Syukri Razab ketika ditemui The Malaysian Insider. Beliau berkata, sebelum PRU13, hudud tidak diperkenalkan PR dalam Buku Jingga, sekali gus berjaya mendapat kepercayaan rakyat.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hudud-musnahkan-harapan-pakatan-ke-putrajaya-kata-ngo#sthash.7V9uFLbw.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.