Followers

Monday, December 8, 2014

Gelaran dan pangkat tidak penting, kata Anwar - The Malaysian Insider

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata kedudukan dan gelaran tidak penting kepadanya, lapor The Star Online.

Bercakap kepada kumpulan Katolik di Gereja Holy Family di Kajang, Selangor, ketua pembangkang itu bercakap kepada portal berita berkenaan Tuhan tidak peduli mengenai kuasa atau kedudukan seseorang.

“Tuhan tidak melihat kepada kuasa. Dia tidak melihat kepada pangkat yang kita pegang, tetapi kebaikan yang kita buat atas nama Tuhan,” katanya dipetik sebagai berkata.

Istana Selangor pada Khamis, menarik balik gelaran “Datuk Seri” Anwar yang dianugerahkan kepadanya oleh Sultan Selangor terdahulu pada 1992.

Penarikan anugerah Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) itu berkuasakuasa bermula 3 November lalu.

Istana berkata, keputusan menarik balik gelaran Anwar itu kerana beliau “berulang-kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi diraja dalam krisis menteri besar baru-baru ini”.

Ketika mengulas perkara itu pada Khamis, Anwar berkata beliau akan terus menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen dan penasihat ekonomi Selangor.

“Anugerah itu diberikan kepada saya pada 1992 oleh almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tanpa permohonan daripada saya,” kata Anwar dalam kenyataan ringkasnya.


“Saya bersyukur kerana almarhum Sultan Selangor  menganugerahkan gelaran itu kepada saya,” katanya. – 7 Disember, 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.