Followers

Monday, December 8, 2014

BERITA TERKINI : AL FATIHAH Dato Hj Fuad Bin Tan Sri Hj Hassan 62 Telah kembali kerahmatullah.

 BERITA TERKINI :   AL FATIHAH

Dato Hj Fuad Hassan Bin Tan Sri Hj Hassan 62 Telah kembali kerahmatullah.

Beliau yang mengalami serangan jantung telah dikejarkan ke Hospital Kemaman, kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan,  dan disahkan meninggal oleh Doktor jam 12.20 pagi tadi.

Dato Fuad meninggal seorang isteri dan enam orang anak - beliau juga adalah adik kepada pesara Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan,  dan abang kepada Pelakon Terkenal Dato Jalalluddin Hassan.

Allahyarham Dato' Haji Fuad Bin Tan Sri Haji Hassan merupakan Ketua Pengarah JASA Malaysia dan bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu . Beliau juga merupakan bekas ADUN Ulu Klang di bawah tiket UMNO (Barisan Nasional).

Beliau telah meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada pukul 12.20 pagi di Hospital Kuantan, Pahang akibat serangan jantung ketika hadir di satu program Kementerian Komunikasi & Multimedia yang diadakan di Kijal Kemaman.

Dato' Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur'an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari. Beliau adalah anak kedua, abangnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan adiknya ialah pelakon Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau kini menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah adiknya, Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.

Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau menjadi ADUN Hulu Kelang selama dua penggal Pada pilihanraya tahun 1999, beliau telah tewas kepada calon PKR ketika itu ialah Y.B Mohamed Azmin Ali.

Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman, Amin Ya Rabbal Alamin. Beliau yang mengalami serangan jantung telah dikejarkan ke Hospital Kemaman, kemudian dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, dan disahkan meninggal oleh Doktor jam 12.20 pagi tadi.

Dato Fuad meninggal seorang isteri dan lima orang anak - beliau juga adalah adik kepada pesara Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, dan abang kepada Pelakon Terkenal Dato Jalalluddin Hassan.

Allahyarham Dato' Haji Fuad merupakan Ketua Pengarah JASA Malaysia dan bekas ahli politik Malaysia berbangsa Melayu . Beliau juga merupakan bekas ADUN Ulu Klang di bawah tiket UMNO (Barisan Nasional).

Beliau telah meninggal dunia pada 8 Disember 2014 pada pukul 12.20 pagi di Hospital Kuantan, Pahang akibat serangan jantung ketika hadir di satu program Kementerian Komunikasi & Multimedia yang diadakan di Kijal Kemaman.

Dato' Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur'an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari. 


 
Berikut adalah butiran maklumat  mesej WhatsApp tentang perancangan majjlis pengkebumian janazah Allahyarham yang saya terima secara peribadi dari Tan Sri Musa Hassan sebentar tadi :

" Tan Sri Musa Hassan: PERGERAKAN JENAZAH


Jenazah Allahyarham Dato Fuad Tan Sri Hassan akan di ambil oleh Pihak PDRM dan akan di mandikan serta di kafankan di IPD Kuantan.  


Sebaik sahaja  selesai, jenazah akan terus dibawa ke rumah beliau di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor. 


Jenazah akan di kebumikan seawal jam 11.00 pagi di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang.


Mohon dipanjangkan kepada semua yang mengenali Allahyarham."



 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang beriman. Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.... Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.