Gambar ni amat memalukan Malaysia. Kain rentang yang terdapat di
dalam Stadium My Dinh, di Hanoi, Vietnam bermaksud, 'bola sepak membantu
kita menjadi kawan, jangan melakukan perkara yang bertentangan'.
Piala Suzuki AFF Separuh Akhir Kedua antara Vietnam menentang Malaysia jam
8.00 malam malam tadi, di Stadium My Dinh, Hanoi dihiasi kain rentang
gergasi dalam bahasa Inggeris “Football help us becomes friends, do not
do the opposite” yang bermaksud, “bola sepak membantu kita menjadi
kawan, jangan melakukan perkara yang bertentangan”.
Ternyata kain rentang berkenaan bukan sekadar hiasan semata, sebaliknya
boleh dianggap satu sindiran pedas lagi tajam terhadap sekumpulan
samseng bolasepak yang mencetuskan kekacauan dan pergaduhan pada
perlawanan separuh akhir pertama antara kedua-dua pasukan di Stadium
Shah Alam 8 Disember lalu.
Gambar ni amat memalukan Malaysia. Insiden berkenaan mendatangkan
malu berganda kepada negara kerana sudahlah anak buah Dollah Salleh
tersungkur 1-2 kepada pasukan lawan di gelanggang sendiri, enam
penyokong Harimau Malaya pula ditahan polis.
Lima penyokong lelaki diberkas kerana mengingkari arahan polis dengan
membakar suar di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung walaupun
dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian.
Seorang lagi lelaki ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong Vietnam
pada minit akhir perlawanan dan yang lebih memalukan pergaduhan itu
dicetuskan oleh provokasi yang dimulakan penyokong Malaysia.
Mujur pergaduhan itu dileraikan dengan tindakan pantas polis namun penyokong Vietnam terbabit yang cedera di kepala enggan membuat laporan polis walaupun dinasihatkan untuk berbuat demikian.
Sehari kemudian pihak polis mengeluarkan kenyataan sedang menjejaki 15
orang suspek bagi membantu siasatan kes kekecohan samseng bolasepak di
Stadium Shah Alam itu.
Walaupun sedih dan kesal menyaksikan rakyatnya diserang di stadium Shah
Alam, kerajaan Vietnam melalui Duta Besarnya ke Malaysia Pham Cao Phong
kelmarin memberi jaminan keselamatan terhadap penyokong Malaysia yang
berkunjung ke Vietnam.
Kata Pham, penyokong Malaysia tidak harus bimbang hadir menyaksikan pertandingan separuh akhir kedua di Hanoi dan kehaditan mereka akan dialu-alukan.
Atas semangat sukan dan kawan tiada pun berlaku apa kejadian yang tidak
bertamadun zaman babarian yang dilakukan oleh para penyokong Vietnam
terhadap penyokong Harimau Malaya di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi
dengan keputusan Harimau Malaya layak kepusingan akhir bertemu Thailand
setelah menumpaskan Vietnam 4-2 dengan agregat 5-4.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.