Setelah lama menyepikan diri dari sebarang aktiviti demonstrasi, hari ini 19 Disember 2014 kumpulan yang paling aktif mengadakan demo di Pulau Pinang kembali ke jalan raya.
Diketuai oleh individu yang paling popular dan paling berpengalaman dalam hal ehwal memaki hamun Guan Eng satu demonstrasi telah diadakan di Komtar Pulau Pianang.
Demo telah diadakan sejurus selesai Solat Jumaat, mereka dikatakan telah berkumpul di Masjid Kampung Rawa sebelum berarak ke Komtar.
Demo diadakan sebagai bantahan terhadap Guan Eng yang membenarkan bukan Islam menggunakan 'Kalimah Allah' di Pulau Pinang.
Tapi dalam demo ini mereka menuntut untuk bertemu dengan EXCO Exco Hal Ehwal Agama Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang menyokong kenyataan Guan Eng itu..
Sebab Malik Kassim dikatakan biadap oleh mereka kerana menyokong kenyataan Guan Eng.
Aku rasalah depa ni sampai awai sangat.. Malik Kassim pun tak sempat nak sampai office lagi dari Masjid..
Bantahan yang pada mulanya aman bertukar menjadi sedikit kecoh bilamana anggota Polis menghalang mereka dari memasuki Komtar untuk menyerahkan Memo Bantahan..
Sumber gambar datangnya dari TheMalayMail
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.