Followers

Monday, December 22, 2014

DAP cabar SPRM siasat projek jalan Kapit..?



Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penganugerahan projek pembinaan jalan raya di Kapit, Sarawak.


Ini sebagai reaksi terhadap kenyataan seorang pengarah jabatan SPRM Mohd Jamidan Abdullah bahawa beliau tidak menemui kesalahan dalam pemberian tender untuk projek jalan Song/ Sungai Yong itu.

Chong turut menggesa agar SPRM menyelesaikan siasatan dalam tempoh tujuh hari.

Beliau mendakwa, “penukaran berahsia” daripada “tender terbuka” kepada “tender terpilih” untuk projek itu mempunyai unsur kronisme dan amalan perindustrian yang tidak betul.

Ini terutamanya apabila sebanyak 53 kontraktor menghantar tender masing-masing kerana beranggapan ia masih projek tender terbuka.

"Hanya SPRM berpendapat bahawa ia boleh diterima," katanya yang juga anggota parlimen Bandar Kuching dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM meminta DAP mengemukakan bukti bagi membantu siasatan terhadap projek itu.


Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.