Followers

Sunday, December 7, 2014

BN Tersentap Jikalau Dengar Ucapan Ini..

 
Sunday, 7 December 2014.

BN Tersentap Jikalau Dengar Ucapan Ini..

Kejayaan syarikat penerbangan swasta AirAsia menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia bukan tidak cekap menguruskan syarikat penerbangan, kata DAP.Sebaliknya, menurut setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng (bawah), BN sebenarnya yang tidak mampu menguruskannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, beliau “amat tidak setuju” dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MAS perlu melantik seorang ekspatriat sebagai ketua pegawai eksekutif kerana “orang Malaysia bodoh”Lim sebaliknya berkata, BN sebenarnya yang “bodoh” ekoran Malaysian Airlines (MAS) terus gagal meski pun banyak dana kerajaan disuntik, tidak seperti AirAsia yang berdiri dengan kaki sendiri.

“Sebenarnya, BN yang bodoh, bukan rakyat Malaysia, dengan bergantung kepada agenda perkauman untuk menutup kroni yang tidak berupaya dan bukannya mencari rakyat Malaysia berbakat di depan mereka seperti pasukan AirAsia Fernandes, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani," katanya.

Mahathir semalam berkata: “Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.”Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo). 

malaysiakini Kejayaan syarikat penerbangan swasta AirAsia menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia bukan tidak cekap menguruskan syarikat penerbangan, kata DAP.


Sebaliknya, menurut setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng (bawah), BN sebenarnya yang tidak mampu menguruskannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, beliau “amat tidak setuju” dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MAS perlu melantik seorang ekspatriat sebagai ketua pegawai eksekutif kerana “orang Malaysia bodoh”Lim sebaliknya berkata, BN sebenarnya yang “bodoh” ekoran Malaysian Airlines (MAS) terus gagal meski pun banyak dana kerajaan disuntik, tidak seperti AirAsia yang berdiri dengan kaki sendiri.

“Sebenarnya, BN yang bodoh, bukan rakyat Malaysia, dengan bergantung kepada agenda perkauman untuk menutup kroni yang tidak berupaya dan bukannya mencari rakyat Malaysia berbakat di depan mereka seperti pasukan AirAsia Fernandes, Kamarudin Meranon dan Azran Osman Rani," katanya.

Mahathir semalam berkata: “Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.

”Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.