Sungai Buloh – Konsep digunakan adalah ‘bayar dan bogel’ apabila pelanggan hanya perlu membayar RM200 sebelum memilih deretan pelacur pelbagai negara ditawarkan. Itu adalah konsep perniagaan maksiat dijalankan dua premis hiburan yang dipercayai menawarkan khidmat seks pelayan pelanggan (GRO) secara tempahan di Sungai Buloh.
Kegiatan maksiat itu bagaimanapun dibongkar sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman jam 2 pagi semalam. Hasil operasi itu 45 pelacur warga asing diberkas termasuk ada antaranya sedang bermesra dengan pelanggan.
Ketua Operasi Asisten Superintendan Mohamad Mohd Jais berkata, siasatan polis mendapati pelanggan boleh membuat tempahan melalui panggilan telefon sebelum datang ke premis itu.
“Bayaran dikenakan boleh mencecah sehingga RM500 bagi setiap pelacur ditawarkan,” katanya di lokasi serbuan.
Beliau berkata, semua wanita ditahan berusia 20 dan 30 tahun dan enam daripadanya tidak mempunyai pasport serta turut menyalahgunakan pas lawatan sosial. Menurutnya, rata-rata wanita yang ditahan adalah warga Thailand, Indonesia dan Vietnam dan bekerja di premis hiburan terbabit sejak sebulan lalu.
“Siasatan kami mendapati kedua-dua premis tidak mempunyai lesen dan polis masih mengesan pemilik pusat hiburan itu bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, operasi seumpama itu akan diteruskan berikutan sindiket mula berpindah lokasi aktiviti luar dari pusat bandar, lapor Hmetro.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wahai MB Selangor Azmin Ali..
Ketahuilah, antara isu lain yang menjadi kerisauan ramai di Selangor ialah..
- Bercambah dengan meluasnya pusat judi haram, judi internet, pusat hiburan dan pusat maksiat yang berselindung di sebalik nama pusat urut atau refleksologi. Contohnya seperti berita di atas. Bayar dan Bogel: 'dua premis tidak mempunyai lesen'
- Di kebanyakan bandar sedia ada atau bandar baru, pusat ini bercambah bagaikan cendewan tumbuh selepas hujan. Difahamkan pihak PBT hanya mengeluarkan permit kepada sebahagian kecilnya saja manakala selebihnya adalah tidak berlesen dan dibangunkan secara haram. Walaupun sudah banyak serbuan oleh pihak berkuasa, namun ia tetap tumbuh semula. Apakah hal ini tidak ada jalan selesai dari kerajaan negeri? Bengap sangatkah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri?
- Berdasarkan laporan daripada setiap PBT, bukanlah sesuatu yang sukar untuk beliau mengetahui antara tempat berlesen dengan diuruskan secara haram. Sesetengah yang berlesen pula tidak mustahil menyelewengkan kebenaran diberi demi memperolehi keuntungan berganda.
- Apakah tidak ada jalan selesai dari kerajaan negeri pimpinan Azmin? Sampai bila maksiat-maksiat ini akan dibiarkan bebas di Selangor? Di sinilah pentingnya Azmin melakukan banyak terjahan untuk menunjukkan seriusnya beliau menangani dan mengawal perkara yang sangat membimbangkan itu.
- Kiranya Azmin dapat melakukan terjahan ke pusat judi dan maksiat ini, ia bukan saja menaikkan lagi namanya, bahkan pastinya menggembirakan lebih ramai pengundi dan ibu bapa di negeri Selangor ini.
- Dengan pembangunan Selangor yang berkembang pesat, ramai yang mengharapkan Azmin tidak menunggu terlalu lama untuk melakukan terjahan ke tempat-tempat yang memberi lebih kesan buruk tetapi begitu terbuka perniagaannya.
- Sebenarnya, di sinilah antara puncanya segala macam masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Ia bukan saja melibatkan orang dewasa, mereka yang sudah berkeluarga, tetapi turut melibatkan golongan remaja dan murid-murid sekolah. Pertumbuhannya, sama ada yang berlesen atau haram, nyata membimbangkan ramai ibu bapa, yang merasakan semakin sukar untuk mengawal ahli keluarga masing-masing daripada terjebak dalam kancah tidak sihat itu..
- Boleh contohi kerajaan Kelantan yang juga pimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimana kerajaan Kelantan menghapus maksiat-maksiat seperti tersebut di atas walaupun kadang-kadang bidang kuasanya ada pada Kerajaan Pusat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.