Followers

Wednesday, December 17, 2014

Ahli UMNO mahu Najib letak jawatan demi kebaikkan UMNO..

Selepas pemimpin Umno bahagian membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dipengerusi Datuk Seri Najib Razak, kini seorang pemimpin Umno cawangan pula menulis surat terbuka agar perdana menteri meletakkan jawatan.

Surat terbuka Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor Syed Rosli Jamalullail menuntut Najib berhenti kerana perkhidmatan beliau tidak lagi diperlukan.

"Sesungguhnya kami ahli Umno merasakan perkhidmatan Datuk Seri tidak lagi diperlukan," katanya dalam surat itu.


"Bukan kami hendak menghina Datuk Seri tetapi kami rasakan lebih baik Datuk Seri berundur secara hormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno," katanya.

Beliau berkata, Umno ketika ini sudah semakin lemah daripada segi sokongan orang Melayu mahupun pengundi parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama parti berteraskan bangsa Cina dan India.

"Jikalau Datuk Seri betul-betul sayangkan Umno dan BN maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundurlah," katanya yang juga penolong setiausaha Pemuda cawangan itu dalam surat berkenaan.

Katanya, meskipun mereka mengucapkan terima kasih kepada Najib yang banyak berjasa, "namun disebabkan liabiliti teramat besar dan kuat untuk kami tanggung maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundur”.

Syed Rosli yang juga calon ketua Pemuda dalam pemilihan Umno tahun lalu meminta Najib membantu mereka "supaya menjadi kuat semula dengan Datuk Seri berhenti".

Secara sinis beliau berkata, tidak mahu cerita terlebih lanjut atau secara terperinci "nanti Datuk Seri tidak mengaku dan saman saya mana mampu hendak bayar" lapor The Malaysian Insider

Ini adalah surat yang dimaksudkan..

Surat terbuka kepada YAB Perdana Menteri Merangkap Presiden Umno, Dato ' Sri Hj . Najib Bin Hj. Tun Abdul Razak. 
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum Dato ' Sri, 
Sesungguhnya saya sebagai ahli Umno merasakan yang perkhidmatan Dato Sri tidak lagi diperlukan bukan kami hendak menghina Dato ' Sri tetapi kami rasakan lebih baik Dato ' Sri berundur secara kehormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno. 
Umno ketika ini sudah semakin lemah dari segi sokongan orang melayu mahupun dari sokongan pengundi2 komponen BN terutama parti berteraskan bangsa cina dan india. 
Jikalau Dato ' Sri betul2 sayangkan Umno dan Barisan Nasional maka jalan yang terbaik Dato ' Sri berundur lah. 
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada Dato ' Sri yang telah juga banyak berjasa kepada kami namun disebabkan liabiliti yang teramat besar dan kuat untuk kami tanggung jadi jalan yang terbaik ialah Dato ' Sri berundur. 
Bantu lah kami supaya menjadi kuat semula dengan Dato ' Sri berhenti. 
Saya tidak mahu cerita terlebih lanjut atau secara terperinci nanti Dato ' Sri tidak mengaku dan saman saya mana mampu nak bayor. 
Demi Agama, Bangsa dan Negara,
Syed Rosli Jamalullail,
Ketua Penerangan Cawangan merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Umno,

Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor.

Anak Sungai Derhaka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.