Followers

Thursday, December 25, 2014

Amar: Hudud lebih penting dari Putrajaya Zakiah Koya

 
    WAWANCARA Menawan Putrajaya merupakan perkara kedua selepas pelaksanaan hudud, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
    Beliau juga mendakwa bahawa ia tidak kisah sekiranya PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat oleh sekutunya - DAP dan PKR yang menentang hudud - asalkan matlamat parti Islam itu tercapai.

    Menurut Amar, PAS mesti melaksanakan hudud dengan apa cara sekalipun, walaupun jika ia perlu bekerjasama dengan Umno.

    Katanya, ini kerana tiada jaminan bahawa parti itu akan dibenarkan untuk berbuat demikian walaupun jika Pakatan memerintah kerajaan pusat.

    "Persoalannya ialah bukan sama ada kita akan tawan Putrajaya. Ada sesetengahnya memberitahu kita bahawa jika kita berjuang untuk hudud, kita tidak akan menang Putrajaya.

    "Tapi lihat pada 2013, kita tukar dari negara Islam kepada negara kebajikan, dan kita benarkan bukan Islam guna 'kalimah' Allah dan kita masih tak menang (Putrajaya)," katanya.

    Sehubungan, kata Amar, dalam melaksanakan Islam, Putrajaya adalah perkara kedua.
    "Jika mereka (Pakatan) berbuat demikian (keluarkan PAS dari Pakatan), kita akan menerimanya," kata Amar, yang menjadi jurucakap parti itu tentang pada hudud.
     
     
    Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.