GURUN: Petang tadi satu kejadian ngeri telah berlaku di Taman Mesra Ria, Gurun apabila 8 buah rumah musnah dipercayai kerana terjadi satu letupan yang besar di sini. Letupan ini telah mengorbankan seorang anggota tentera, anak perempuannya berumur lapan tahun dan seorang ahi keluarnya yang lain.
Bagaimanapun kenyataan yang di dapati adalah berbeza kerana pihak bomba mengatakan letupan berlaku adalah kerana tong gas dan lain pula menurut saksi di sana, mereka mengatakan bom tangan yang berada di dalam sebuah kereta.
Menurut saksi yang nama dirahsiakan letupan tersebut bermula dari sebuah kereta yang diletakkan di belakang rumah tersebut. Kereta tersebut telah meletup pada pukul 4.30 petang menyebabkan 4 org maut dan merosakan 7 buah rumah berhampiran.
Kebanyakan mereka yang maut tidak dapat dikenal pasti kerana hancur. Selepas kejadian orang ramai dilihat telah bertungkus lumus memungut serpihan mayat.
Ini adalah perbincangan orang ramai di media sosial.
Bagaimanapun pihak bomba menafikan letupan ini berpunca dari bom dan sebaliknya mengatakan ia berpunca dari letupan tong gas dan bekata hanya 3 orang mangsa maut dan yang lain cedera.
Munurut pihak bomba setibanya mereka di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran di sebuah rumah teres dipercayai kerana letupan gas dibahagian dapur.
Ia telah menyebabkan strutur rumah runtuh dan merosakakan 8 buah rumah berhampiran dan menurut mereka siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jika ada punca lain.
Lagi Gambar di tempat kejadian.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.