Followers

Sunday, November 9, 2014

Tuduhan DAP Ada Agenda Terhadap PAS:

 

Baca Apa Kata Guan Eng DAP minta Hadi datang  
mesyuarat kerana hormati PAS OLEH LOOI SUE-CHERN

Published: 9 November 2014

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada PAS ‎yang mahukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama.

DAP hari ini menafikan parti itu mempunyai agenda tertentu apabila dilihat kerap membangkitkan isu kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) sekaligus mempersoalkan komitmen bersama rakan sekutu mereka.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada PAS ‎yang mahukan Hadi menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama.

Katanya, ini kerana segala keputusan akhir PAS terletak di tangan Hadi. Justeru, sekiranya pemimpin parti Islam itu tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR maka segala dimuktamadkan boleh dipersoalkan "Hormat DAP kepada PAS dan presidennya adalah punca DAP minta Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang wajib menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR agar PR boleh tunaikan janji dan penuhkan komitmen.

"Kegagalan beliau menghadiri mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR menimbulkan keraguan dan persoalan sama ada persetujuan oleh wakil PAS dalam mesyuarat adalah keputusan muktamad PAS seperti yang berlaku dalam kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini," katanya. 


Lim berkata, Hadi sendiri pernah menyatakan hanya ‎beliau berhak menolak keputusan Jawatankuasa Tertinggi PAS dan memutuskan apa yang dirasa wajar bagi PAS.

"Kenyataan Datuk Seri Hadi ini diterima DAP kerana ia tidak dipertikaikan mana-mana pihak dalam PAS. Oleh itu, mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR tanpa kehadiran beliau adalah sama seperti tidak dihadiri PAS.

Tanpa PAS adalah sama seperti tanpa PR kerana PR adalah gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP," katanya. Ketua menteri Pulau Pinang itu pada masa sama juga menolak kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam reaksinya terhadap kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke. Lim berkata, isu ketidakhadiran presiden PAS itu adalah mesyuarat yang perlu dihadiri pemimpin tertinggi parti sekutu PR yang boleh membuat keputusan penuh.

" Yang menjadi perkara pokok ialah wakil DAP dan PKR dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR berkuasa penuh untuk membuat keputusan bagi pihak parti masing-masing, tetapi entah mana wakil PAS sekiranya bukan presiden parti sendiri yang hadir.

"Yang penting ialah wakil parti berkuasa untuk beri kata putus dan bukanlah keadaan di mana hari ini setuju, esok hari ditolak atau ditidakkan," katanya merujuk kepada keputusan Hadi ketika isu calon menteri besar Selangor dulu. Justeru, bagi menangani ketegangan itu, DAP sudah mengarahkan Loke berbincang secara terus dengan Mustafa.

"Saya mengarahkan Anthony Loke untuk bincang secara ‘direct’ dengan Datuk Mustafa seperti diminta Datuk Mustafa bagi menyampaikan pendirian parti DAP dan perlunya presiden PAS menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR," katanya. – 9 November, 2014. Posted by mountdweller at 7:37 PM

Mountdweller.

Sunday, November 9, 2014 Tuduhan DAP Ada Agenda Terhadap PAS: Baca Apa Kata Guan Eng DAP minta Hadi datang mesyuarat kerana hormati PAS OLEH LOOI SUE-CHERN Published: 9 November 2014 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada PAS ‎yang mahukan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014. DAP hari ini menafikan parti itu mempunyai agenda tertentu apabila dilihat kerap membangkitkan isu kehadiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) sekaligus mempersoalkan komitmen bersama rakan sekutu mereka. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, luahan yang dibuat DAP adalah atas dasar hormat DAP kepada PAS ‎yang mahukan Hadi menghadiri mesyuarat agar segala keputusan penting dapat dimuktamadkan bersama. Katanya, ini kerana segala keputusan akhir PAS terletak di tangan Hadi. Justeru, sekiranya pemimpin parti Islam itu tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR maka segala dimuktamadkan boleh dipersoalkan "Hormat DAP kepada PAS dan presidennya adalah punca DAP minta Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang wajib menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR agar PR boleh tunaikan janji dan penuhkan komitmen. "Kegagalan beliau menghadiri mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR menimbulkan keraguan dan persoalan sama ada persetujuan oleh wakil PAS dalam mesyuarat adalah keputusan muktamad PAS seperti yang berlaku dalam kemelut menteri besar Selangor baru-baru ini," katanya. Lim berkata, Hadi sendiri pernah menyatakan hanya ‎beliau berhak menolak keputusan Jawatankuasa Tertinggi PAS dan memutuskan apa yang dirasa wajar bagi PAS. "Kenyataan Datuk Seri Hadi ini diterima DAP kerana ia tidak dipertikaikan mana-mana pihak dalam PAS. Oleh itu, mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR tanpa kehadiran beliau adalah sama seperti tidak dihadiri PAS. Tanpa PAS adalah sama seperti tanpa PR kerana PR adalah gabungan tiga parti PKR, PAS dan DAP," katanya. Ketua menteri Pulau Pinang itu pada masa sama juga menolak kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam reaksinya terhadap kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke. Lim berkata, isu ketidakhadiran presiden PAS itu adalah mesyuarat yang perlu dihadiri pemimpin tertinggi parti sekutu PR yang boleh membuat keputusan penuh. " Yang menjadi perkara pokok ialah wakil DAP dan PKR dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR berkuasa penuh untuk membuat keputusan bagi pihak parti masing-masing, tetapi entah mana wakil PAS sekiranya bukan presiden parti sendiri yang hadir. "Yang penting ialah wakil parti berkuasa untuk beri kata putus dan bukanlah keadaan di mana hari ini setuju, esok hari ditolak atau ditidakkan," katanya merujuk kepada keputusan Hadi ketika isu calon menteri besar Selangor dulu. Justeru, bagi menangani ketegangan itu, DAP sudah mengarahkan Loke berbincang secara terus dengan Mustafa. "Saya mengarahkan Anthony Loke untuk bincang secara ‘direct’ dengan Datuk Mustafa seperti diminta Datuk Mustafa bagi menyampaikan pendirian parti DAP dan perlunya presiden PAS menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR," katanya. – 9 November, 2014. Posted by mountdweller at 7:37 PM

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.