Followers

Thursday, November 13, 2014

Tenggelamkan Kereta Kerana Marahkan Isteri




Seorang lelaki yang dalam proses perceraian memandu kereta merah Corvette milik isterinya masuk ke dalam sungai.

Kejadian itu menyebabkan polis melancarkan usaha mencari mangsa yang kemungkinan berada di dalam kenderaan itu.

Seorang saksi yang menelefon polis mengenai kereta di dalam Sungai Delaware itu berkata, dia melihat seorang lelaki memandu kenderaan berkenaan di tebing sungai sebelum keluar dan membiarkan kereta itu jatuh ke dalam sungai.

“Saya fikir dia amat berang dengan isterinya hingga menenggelamkan kereta itu ke dalam sungai,” kata jurucakap polis, Scott Small, semalam.

Menurutnya, unit polis marin terpaksa dipanggil untuk memeriksa kereta itu di dalam sungai berkenaan bagi memastikan tiada mangsa berada di dalamnya.

Kereta itu kemudian ditarik naik ke darat menggunakan trak tunda.

Small berkata penyiasat mendapati lelaki berusia 50 tahun itu datang ke kediaman isterinya dan mencuri kereta berkenaan. - AP



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.