Followers

Thursday, November 13, 2014

LAWAN JEBON UG (JebUG) HABIS-HABISAN !!


PARTI keris telanjang bernama amno itu akan sentiasa bergembira apabila JebUG (Jebun UG) setiap hari menghentam rakan-rakan dalam PasMa, kononnya PasMa ini menentang Ulamak.

Sampai hari ini JebUG tidak mampu bawa bukti dan hujah PasMa melawan Ulamak, bahkan PasMa pula yang dapat buktikan mereka menyanjung Majlis Syura yang bersetuju di dalam Muktamar bahawa perlu perkuatkan Pakatan. Ertinya,

PasMa menyanjung keputusan Muktamar yang direstui oleh Majlis Syura. Secara tidak langsung PasMa menyanjung Ulamak. Hujah pihak JebUG yang menuduh PasMa lawan Ulamak itu mana?

Aku tertunggu-tunggu juga mana satu ucapan atau kenyataan pimpinan PasMa yang boleh dikatakan melawan Ulamak jauh sekali mahu sebut PasMa itu 'haram' atau 'sesat' melawan Islam.

Semua JebUG dari golongan lebai jumud ini sebenarnya tahu PasMa adalah satu-satunya pertubuhan yang tidak samasekali menentang parti mereka sendiri jauh sekali mahu melawan Tuang Presideng. JebUG sedar,

PasMa tidak seteruk itu tetapi mereka amat bimbang bahawa kewujudan PasMa hanya semata-mata mahu menjadi benteng parti Islam ini dibawa masuk ke dalam kelambu amno.

Bukankah JebUG kepingin sangat ingin bersama amno. Semua tahu ini, semua tahu kisah JebUG mahu jentik gereja jika dapat bersama amno. Jika sesiapa yang tidak tahu, sila tanya Dr Zuhdi.

Usah berlindung dengan nama Ulamak. Ulamak adalah imej yang amat mulia kerana Ulamak itu pewaris Nabi.

Masakan pewaris Nabi mahu bersama amno yang terkenal dengan kezaliman itu?

Mustahil.
Sebab itu aku tetap mengatakan parti Islam ini mesti dipelihara dengan kesucian dasarnya iaitu Al-Quran, Hadith, Ijmak dan Ulamak serta Qias. Jangan biarkan JebUG musnahkan parti ini dan mempengaruhi Tuang Presideng dengan strategi bodoh untuk bersama amno.

Aku memang bukan ahli parti mereka jauh sekali untuk sertai PasMa. Tapi aku tetap sayangkan parti Islam ini dan juga sayang kepada PasMa yang ingin melindungi parti ini.

Musuh aku amno dan ejen mereka iaitu JebUG. Aku akan tentang JebUG macam aku tentang amno.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.