Followers

Thursday, November 27, 2014

Taib Mahmud Nafi Ada Hubungan Dengan CMS

 
Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) tidak pernah mengambil kesempatan daripada hubungannya dengan kerajaan negeri dalam usaha untuk menjadi entiti perniagaan yang berjaya, kata Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata semasa menyandang jawatan sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan CMS sepanjang kehidupannya sehingga sekarang dan berpuas hati pengurusan syarikat memahami sebab beliau berbuat demikian.

"...Saya tidak mahu sebarang konflik antara kepentingan peribadi saya dan tugas saya sebagai ketua menteri sebelum ini," kata beliau ketika berucap di majlis jamuan meraikan ulang tahun ke-40 CMS di Kuching malam tadi.

Taib, yang berundur daripada jawatan sebagai ketua menteri pada akhir Februari lepas, gembira bahawa di sebalik pendiriannya, CMS yang bermula sebagai syarikat pengeluar simen telah berkembang menjadi sebuah syarikat tersenarai awam yang berjaya.

"Terpulang kepada CMS untuk membuat keputusan sekarang kerana ia bertapak kukuh dan jika ia mahu mempelbagaikan aktiviti, saya berharap ia akan lakukan dalam kepelbagaian juga seperti dilakukan dalam teras perniagaan hari ini," kata beliau.

 
- Bernama


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.