Sadao (Selatan Thailand): Seorang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), Mohd Qamar Shaiff, 23, maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Sadao, di sini, 6.30 petang ini.
Mangsa yang memandu kereta bersama dua lagi rakannya dipercayai dari
arah Padang Besar menghala ke Sadao sebelum terbabas ketika mengelak
sebuah motosikal.
Komander UPP negeri, Syed Basri Syed Ali, ketika mengesahkan perkara itu, berkata mangsa maut selepas kereta dipandunya merempuh penghadang jalan di lokasi kejadian.
Katanya, mangsa maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Sadao.
Menurutnya, mangsa yang masih bujang itu bertugas di Wang Kelian dan jenazahnya sudah dituntut keluarga terdekat.
Katanya, jenazah mangsa kini dihantar ke kampung halamannya di Tangkak, Johor bagi urusan pengkebumian.
Mangsa mula bertugas sebagai anggota UPP pada 2011.
Posted by Jeebond BLM.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.