Followers

Thursday, November 20, 2014

SETPOL MB: Awas penyebaran notis palsu bantuan pendidikan IMG-20141119-WA0035 notis

 

SHAH ALAM, 20 NOV: Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, Pejabat Dato’ Menteri Besar menafikan membuat pengumuman menawarkan Bantuan Kewangan Pelajaran Anak-Anak Selangor di beberapa institusi pendidikan tinggi di negeri itu.

Shuhaimi berkata, penyebaran itu sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kekecohan terhadap pentadbiran Dato’ Menteri Besar yang baru.

Katanya, walaupun Kerajaan Negeri mengambil perhatian berat dalam isu pendidikan, namun sebarang pengumuman akan dibuat melalui saluran betul dan dihebahkan dalam saluran media massa dan jabatan terbabit.

“Kerajaan Negeri bakal mengumumkan senarai bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi dalam ucapan Belanjawan 2015 minggu hadapan,” kata Shuhaimi dalam kenyataan media.

Suhaimi berkata, beliau berharap semua rakyat dapat mengambil maklum perkara berkenaan dan menunggu pembentangan belanjawan negeri, pada 24 November ini.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Khamis, 20 November 2014 SETPOL MB: Awas penyebaran notis palsu bantuan pendidikan IMG-20141119-WA0035 notisSHAH ALAM, 20 NOV: Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Shuhaimi Shafiei berkata, Pejabat Dato’ Menteri Besar menafikan membuat pengumuman menawarkan Bantuan Kewangan Pelajaran Anak-Anak Selangor di beberapa institusi pendidikan tinggi di negeri itu. Shuhaimi berkata, penyebaran itu sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kekecohan terhadap pentadbiran Dato’ Menteri Besar yang baru. Katanya, walaupun Kerajaan Negeri mengambil perhatian berat dalam isu pendidikan, namun sebarang pengumuman akan dibuat melalui saluran betul dan dihebahkan dalam saluran media massa dan jabatan terbabit. “Kerajaan Negeri bakal mengumumkan senarai bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi dalam ucapan Belanjawan 2015 minggu hadapan,” kata Shuhaimi dalam kenyataan media. Suhaimi berkata, beliau berharap semua rakyat dapat mengambil maklum perkara berkenaan dan menunggu pembentangan belanjawan negeri, pada 24 November ini. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.