Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014.
Selepas dua bulan menghilang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka bakal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Taski, bersempena namanya dengan bantuan PAS di kawasan Bandar Tun Razak bagi melaksanakan program "Sajian Rakyat" yang dirancangnya.
Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh individu yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat antara ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bersama PAS yang dijalankan minggu lalu Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung penubuhan NGO tersebut.
"Khalid akan bergerak menggunakan NGO dan beliau meminta bantuan PAS Bandar Tun Razak untuk melaksanakannya," kata Roslan Baharom (gambar), 59, kepada The Malaysian Insider.
Roslan yang ditemui ketika tinjauan di kawasan Parlimen yang dimenangi Khalid dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu berkata, PAS Wilayah Persekutuan turut memberikan kebenaran cawangan parti Islam dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu Khalid.
Roslan, yang merupakan wakil masyarakat dari Zon C di Bandar Tun Razak berkata, tindakan PAS dan Khalid bergerak atas nama NGO itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya krisis antara PKR dan PAS, selepas Khalid dipecat sebagai anggota PKR pada 9 Ogos lalu.
"Kita belum membuat keputusan. Kalau seminggu sekali kami tidak sanggup, kami ada program sendiri juga," kata Roslan. "Tetapi itu peruntukan daripada Khalid sendiri," katanya. Lokasi pertama Sajian Rakyat juga katanya dijangka akan dilakukan di kawasan perumahan Flat Paya Permai.
"Mesyuarat sudah dijalankan beberapa kali dan saya sendiri hadir dalam mesyuarat penubuhan NGO itu," katanya.
Turut difahamkan, Taski bakal digerakkan 15 individu yang pernah bekerja bersama-sama Khalid ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.
Mereka termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin, yang kini merupakan pegawai khas Khalid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak.
Faekah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata Khalid masih lagi ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu.
Khalid dipecat sebagai ahli PKR apabila enggan melepaskan jawatan menteri besar Selangor, apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menggantikan beliau dengan isterinya, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Krisis berkenaan turut memberi kesan kepada hubungan PAS dengan PKR dan DAP apabila parti Islam itu enggan mencalonkan Dr Wan Azizah sedangkan PKR dan DAP bersepakat menamakan beliau sebagai calon tunggal.
PAS sebaliknya menurut titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mengkehendaki PR menghantar lebih daripada dua nama untuk baginda pertimbangkan sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.
Krisis berkenaan tamat apabila Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR dilantik menggantikan Khalid sebagai menteri besar.
"Beliau (Khalid) juga dijangka bakal membuka pusat khidmat rakyat tidak lama lagi di Bandar Tun Razak," kata Roslan. Faekah dilaporkan berkata, Sajian Rakyat akan bermula minggu hadapan sebagai usaha Khalid mendekati komuniti dan rakyat di kawasannya dan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat.
Malah, Faekah juga menolak khabar angin yang mengatakan Khalid akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak. –
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 11/09/2014 08:13:00 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Rakyat Marhaen.
Ahad, 9 November 2014
Selepas 2 bulan, Khalid Ibrahim kembali dengan NGO bersama PAS
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih ingin memberikan khidmatnya kepada
rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama
dua minggu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih ingin memberikan khidmatnya kepada
rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama
dua minggu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 November, 2014.
Selepas dua bulan menghilang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka
bakal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai
Taski, bersempena namanya dengan bantuan PAS di kawasan Bandar Tun Razak
bagi melaksanakan program "Sajian Rakyat" yang dirancangnya.
Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh individu yang
terlibat secara langsung dalam mesyuarat antara ahli Parlimen Bandar Tun
Razak itu bersama PAS yang dijalankan minggu lalu Taman Jaya, Bandar
Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung penubuhan NGO tersebut.
"Khalid akan bergerak menggunakan NGO dan beliau meminta bantuan PAS
Bandar Tun Razak untuk melaksanakannya," kata Roslan Baharom (gambar),
59, kepada The Malaysian Insider.
Roslan yang ditemui ketika tinjauan di kawasan Parlimen yang dimenangi
Khalid dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu berkata, PAS
Wilayah Persekutuan turut memberikan kebenaran cawangan parti Islam
dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu Khalid. Roslan, yang
merupakan wakil masyarakat dari Zon C di Bandar Tun Razak berkata,
tindakan PAS dan Khalid bergerak atas nama NGO itu bertujuan bagi
mengelakkan berlakunya krisis antara PKR dan PAS, selepas Khalid dipecat
sebagai anggota PKR pada 9 Ogos lalu.
"Kita bergerak menggunakan nama NGO, bukan mewakili parti," kata pesara
kakitangan awam itu.
Beliau berkata, antara rancangan Taski adalah menganjurkan Sajian Rakyat
seminggu sekali dengan peruntukan sebanyak RM5,000 yang diperuntukkan
Khalid untuk setiap program.
"Kita belum membuat keputusan. Kalau seminggu sekali kami tidak sanggup,
kami ada program sendiri juga," kata Roslan.
"Tetapi itu peruntukan daripada Khalid sendiri," katanya.
Lokasi pertama Sajian Rakyat juga katanya dijangka akan dilakukan di
kawasan perumahan Flat Paya Permai.
"Mesyuarat sudah dijalankan beberapa kali dan saya sendiri hadir dalam
mesyuarat penubuhan NGO itu," katanya.
Turut difahamkan, Taski bakal digerakkan 15 individu yang pernah bekerja
bersama-sama Khalid ketika beliau menjadi menteri besar Selangor
sebelum ini.
Mereka termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan
Menteri Besar Faekah Husin, yang kini merupakan pegawai khas Khalid di
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun
Razak.
Faekah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata Khalid masih lagi ingin
memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil
rakyat selepas berehat selama dua minggu.
Khalid dipecat sebagai ahli PKR apabila enggan melepaskan jawatan
menteri besar Selangor, apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
ingin menggantikan beliau dengan isterinya, yang juga Presiden PKR Datuk
Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Krisis berkenaan turut memberi kesan kepada hubungan PAS dengan PKR dan
DAP apabila parti Islam itu enggan mencalonkan Dr Wan Azizah sedangkan
PKR dan DAP bersepakat menamakan beliau sebagai calon tunggal.
PAS sebaliknya menurut titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris
Shah, yang mengkehendaki PR menghantar lebih daripada dua nama untuk
baginda pertimbangkan sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.
Krisis berkenaan tamat apabila Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan
presiden PKR dilantik menggantikan Khalid sebagai menteri besar.
"Beliau (Khalid) juga dijangka bakal membuka pusat khidmat rakyat tidak
lama lagi di Bandar Tun Razak," kata Roslan.
Faekah dilaporkan berkata, Sajian Rakyat akan bermula minggu hadapan
sebagai usaha Khalid mendekati komuniti dan rakyat di kawasannya dan
meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat.
Malah, Faekah juga menolak khabar angin yang mengatakan Khalid akan
melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan
Parlimen Bandar Tun Razak. –
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 11/09/2014 08:13:00 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.