Followers

Monday, November 17, 2014

Samseng Jadi Perlindung Di Cameron Highland...??

Monday, 17 November 2014.

Samseng Jadi Perlindung Di Cameron Highland...??

Aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa kumpulan samseng.

Satu sumber mendakwa, terdapat tiga kumpulan samseng berbeza yang `menjaga’ tiga kawasan tumpuan pertanian di daerah ini.

“Kumpulan-kumpulan samseng berkenaan berperanan sebagai ‘pelindung’ kepada tanah-tanah pertanian yang diterokai tanpa permit atau secara haram supaya tidak diganggu oleh pihak berkuasa,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Lebih membimbangkan, sumber memberitahu, meskipun perkara itu diketahui oleh pihak berkuasa, tetapi tiada tindakan tegas yang diambil.

“Kawasan pertama ialah Kuala Terla dan Kampung Raja, manakala kawasan kedua pula membabitkan Tanah Rata serta Brinchang.

“Kawasan ketiga meliputi Ringlet dan Lembah Bertam yang setiap satu kawasan berkenaan dijaga oleh satu kumpulan samseng. Peneroka-peneroka tanah pertanian haram ini dipercayai membayar sejumlah wang kepada kumpulan samseng berkenaan untuk tujuan perlindungan,” dakwanya.

Sumber tersebut memberitahu, pernah berlaku satu kejadian membabitkan bekas Ahli Parlimen kawasan ini yang terpaksa berhadapan dengan kumpulan samseng berkenaan ketika mahu mengambil tindakan terhadap seorang individu yang terlibat dengan penerokaan tanah secara haram.

“Ketika itu, datang dua buah kereta yang dipercayai kumpulan samseng cuba menghalang tindakan wakil rakyat berkenaan. Kejadian itu menguatkan lagi hujah bahawa wujudnya kaitan antara kumpulan samseng dengan aktiviti penerokaan tanah secara haram di daerah ini,” jelas sumber tersebut.

Dalam pada itu, menurut sumber berkenaan, penduduk di daerah ini sudah berputus asa dengan karenah birokrasi pihak berkuasa berhubung isu penerokaan tanah secara haram.

Dakwanya, pihak berkuasa tidak mahu mendengar maklumat berhubung kejadian pencerobohan tanah yang disampaikan oleh akar umbi.

“Pihak berkuasa tempatan sendiri tidak memberi kerjasama, bagaimana rakyat mahu membantu? Rakyat tidak tahu pada siapa lagi mereka boleh berharap untuk menyelesaikan isu ini,” ujarnya.

- utusan

Posted by Jeebond BLM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.