Followers

Saturday, November 29, 2014

Rakyat disuruh berjimat tapi pemimpin negara sapu harta negara sampai kiamat.


Raunas Dhom




Ekonomi negara dah hampir kiamat akibat kegilaan para pembesar UBN mengumpul harta kekayaan. 
Semasa berucap di PAU para perwakilan UMNO menyentuh nasib orang Melayu sehingga kedengaran mereka mengalahkan para pejuang tanahair menuntut kemerdekaan dari penjajah dulu dan perkataan memperjuangkan Islam juga keluar berapi-apii dari mulut mereka yang nampaknya mampu menewaskan jihad Briged Izuddin Al Qasam.

Semakin kuat UMNO berjuang untuk Melayu semakin hilang tanah rezab Melayu, kian terhapus tulisan Jawi yang menjadi tulisan utama orang Melayu dulu, makin terhakis keistimewaan hak-hak bangsa Melayu, kian terhapus budaya Melayu dan makin lupus jati diri orang Melayu. 
Inilah perjuangan UMNO yang lahir dari didikan British dan kini sedang dibimbing oleh APCO-CIA.

Kata Hang Tuah tak Melayu hilang di dunia rupanya bertukar menjadi tak Melayu kekal selamanya. Selain soal Melayu turut disentuh soal Islam. 
Betul ke Islam kamu jika Hudud ditolak, Al Quraan sekadar dilagukan di dalam musabaqah Al Quraan dan Hadis dihina sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang kebal undang-undang dan Islam diinjak-injak atau dipergunakan demi kepentingan kuasa dan kaya pemerintah? 
Jika UBN memperjuangkan Islam kenapa ISIS dihentam dan SIS dibiarkan berkembang?

Semua wayang UBN itu perlu dilakunkan di atas sebab kekuasaan dan kekayaan para pemimpin dan kroni mereka. 
Merekalah perompak, penyamun, pencuri dan lanun sebenar negara yang kebal undang-undangnya dan bebal dengan otak udangnya. Islam UBN mewajibkan bayaran cukai dan mengasnafkan mereka di dalam zakat. Malah duit Tabung Haji pun mereka kebas.

Mereka pelesit yang menghisap darah rakyat dengan seribu satu cara dan menipu kita semua di atas nama pembaikan dan pemodenan. GST, PTPTN, TOL, kenaikan harga petrol dan diesel, kenaikan tarif eletrik, bayaran mahal untuk line internet yang perlahan dan untuk siaran ASTRO yang duk ulang cerita yang sama.

Bagi pihak buruh tiada pembelaan bahkan bermacam-macam syarat dan bayaran dikenakan terutamanya ke atas buruh industri oil and gas. NIOSH, CIDB, dan BOSET adalah insuran keselamatan yang melindungi para pekerja tetapi apabila berlaku kemalangan seringkali para pekerja tidak mendapat pampasan yang sepatutnya. Ini kerana majikan mahu menjaga rekod ISO mereka.

Begitulah jua dengan JPJ, SPAD dan berbagai badan penguatkuasa yang dilihat sebagai pelindung pengguna sedangkan perlindungan sewajarnya tidak diperolehi oleh pengguna. 
Sebaliknya rompakan berlesen semata-mata oleh pemerintah bagi mengkayakan kroni mereka. Mereka juga mengekalkan Akta Hasutan kerana akta itu merupakan talian hayat untuk terus berkuasa.

Mereka bertopengkan kebajikan sedangkan hakikatnya mereka banjingan.

Ketahuilah sesungguhnya Rasulullah Saw telah berpesan.... "Pemimpin mana saja yang menipu rakyatnya, maka tempatnya di neraka”. 
( Shahih. Diriwayatkan dengan lafadh ini oleh Ahmad (5/25), dan yang semisal dengannya oleh Ath-Thabarani dalam Al-Kabiir (20/506, 513, 514, 515, 516, 517, 518, 519, 524, 533, dan 534); dari hadits Ma’qil bin Yasaar, dimana asal hadits tersebut dalam Ash-Shahihain).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.