Followers

Saturday, November 29, 2014

Najib Mencontohi Nabi..

Tidak timbul isu mungkir janji jika hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional tidak menjadi kenyataan.

Pengerusi Biro Pendidikan Tinggi Pemuda Umno Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya bagaimanapun berkata hasrat Presiden Umno itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tindakannya itu telah mendahulukan kepentingan suara majoriti.

"Soalnya sekarang ini, cadangan Perdana Menteri itu adalah pandangan peribadi beliau, setelah mendengar suara rakyat, suara majoriti dan ketetapan dalam Parlimen, maka sudah tentu kena dahulukan suara majoriti.

"Dalam konteks negara kita, pembangkang atau kerajaan, mempromosikan demokrasi, hak bersuara, hak memberikan pendapat dan pandangan, suara majoriti itu perlu didahulukan," katanya kepada Sinar Online pada Persidangan Agung Umno 2014, di PWTC, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan yang mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948 yang diumumkan Najib dalam ucapan dasar beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2014, semalam.

Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan malah beberapa penambahbaikan akan dilakukan termasuk memasukkan dua perkara baharu.

Antaranya ialah melindungi kesucian Islam dan larangan menghina agama lain serta mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau turut membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Najib sebagai seorang yang mungkir janji.

Beliau berkata lagi, tindakan Najib juga tidak menyalahi Sunnah Nabi Muhammad SAW di mana baginda sendiri meraikan pendapat umum ketika berdepan dengan suasana peperangan.

"Nabi bagi cadangan berperang dalam peperangan Uhud di dalam bandar Madinah, oleh kerana majoriti sahabat Nabi tidak bersetuju.

"Mereka (sahabat) mahu berperang di luar bandar Madinah, jadi Nabi meraikan majoriti dan mengetepikan pendapat peribadi baginda.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan mengamalkan dasar terbuka dan sentiasa berusaha untuk berubah setelah menerima nasihat dan teguran," katanya lagi.


 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.