Oleh kerana kos pelaksanaan acara-acara ini
cukup tinggi, kerajaan mesti memberi justifikasi bagaimanakah ianya
memberi manfaat dan memperkasa generasi muda di Malaysia.
Beliau berkata, rakyat Malaysia khususnya golongan muda berhak mengetahui sekiranya ada masalah atau kelemahan cara wang pembayar cukai dibelanjakan dan apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk menanganinya agar kelemahan ini tidak berlaku agar setiap sen yang dibelanjakan dapat dihitung.
“Oleh kerana kos pelaksanaan acara-acara ini cukup tinggi, kerajaan mesti memberi justifikasi bagaimanakah ianya memberi manfaat dan memperkasa generasi muda di Malaysia,” kata Nazmi dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, meskipun diakui hampir semua generasi muda sukakan acara hiburan, namun adalah lebih baik perbelanjaan besar digunakan untuk keutamaan lain yang lebih penting dan berbaloi seperti biasiswa pendidikan, pinjaman perniagaan untuk generasi muda dan kemudahan rumah mampu milik yang lebih dekat dengan keperluan generasi muda.
Beliau turut menyokong penuh gesaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar agar satu audit penuh sambutan tahunan Hari Belia didedahkan kepada umum oleh Ketua Audit Negara.
“Demi ketelusan dan pertanggungjawaban, dapatan penuh audit mesti didedahkan kepada umum,” ujarnya yang juga merupakan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.