Berikut adalah kenyataan akhbar oleh Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berkaitan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 tidak berperlembagaan:
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berasa amat terkejut dengan keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan pada 7 November 2014 yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak berperlembagaan kerana mendiskriminasi golongan minoriti.
Keputusan tersebut dibuat setelah tiga orang lelaki Islam merayu kepada
Mahkamah Rayuan apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka
mengisytiharkan sekyen tersebut tidak berperlembagaan.
Ketiga-tiga
lelaki Islam berkenaan telah dituduh di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan
di bawah seksyen 66 tersebut kerana memakai pakaian perempuan atau
berlagak seperti perempuan di tempat awam.
Seksyen tersebut berbunyi seperti berikut:
“Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”
Sehingga siaran akhbar ini ditulis PPMM masih lagi belum mendapat salinan penghakiman yang diputuskan pada 7 November 2014 itu. PPMM juga tidak mendapat makluman berkaitan dengan hujahan-hujahan yang telah dikemukakan oleh kedua belah pihak semasa prosiding rayuan berjalan.

Pada kebiasaan hakim-hakim akan
membuat keputusan berdasarkan persoalan yang dihujahkan di hadapan
mahkamah.
Oleh yang demikian siaran akhbar ini dibuat berdasarkan laporan-laporan yang dibuat di akhbar-akhbar dan media alternatif sahaja dan menyentuh aspek keabsahan dan kesan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut.
Di dalam kes Sulaiman Takrib v Majlis Agama Islam Trengganu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa legislatif untuk membuat apa-apa kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam.

Perintah agama Islam termasuklah juga isu-isu berkaitan akhlak
atau moral bagi orang Islam seperti di dalam Seksyen 66 tersebut. Di
dalam kes tersebut Mahkamah Persekutuan memutuskan makna ‘precepts of
Islam’ bukan sekadar rukun Islam tetapi apa-apa perintah agama Islam.
Menjaga akhlak adalah sebahagian dari perintah agama Islam dan lelaki
berpakaian wanita adalah diharamkan di dalam Islam.
Manakala di dalam kes Titular Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri dan 8 yang lain pula, Mahkamah Persekutuan memutuskan antara lain kebenaran dari Mahkamah Persekutuan perlu diperolehi terlebih dahulu di dalam sesuatu prosiding yang mencabar keperlembagaan sesuatu undang-undang.
Berdasarkan dua penghakiman Mahkamah Persekutuan di atas, PPMM berpandangan Mahkamah Rayuan telah khilaf di dalam penghakiman semalam.

Malah ia juga tidak sejajar dengan beberapa
peruntukan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3 yang meletakkan
Islam bukan sekadar agama rasmi tetapi agama bagi Persekutuan seperti
yang diputuskan di dalam kes-kes Lina Joy melawan Majlis Agama Islam
Wilayah Persecution (Mahkamah Persekutuan) dan Meor Atiqurrahman melawan
Fatimah Sihi (Mahkamah Tinggi).
Begitu juga obligasi berperlembagaan
Yang Di Pertuan Agong di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan
di mana YDPA bersumpah memelihara Islam pada setiap masa.
Sebagai Ketua
Eksekutif sebenar Negara (Perkara 39) sumpah YDPA tersebut menjadi suatu
obligasi kepada semua cabang pentadbiran dan kehakiman negara untuk
dipenuhi.
Isu diskriminasi kepada golongan minoriti tidak seharusnya timbul kerana kebebasan fundamental (fundamental liberties) seperti yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah suatu yang tiada batasannya. Hak tersebut tidak bersifat mutlak dan ia perlu dibaca bersama-sama dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang lain.

Perlembagaan Persekutuan mesti dibaca secara bersesama bukan
diasing-asingkan antara satu sama lain (harmonious interpretation).
Mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan secara berasingan akan
hanya membawa implikasi percanggahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan
sesama sendiri.
Keputusan Mahkamah Rayuan tersebut juga gagal mengambil kira norma masyarakat Melayu Islam (grundnorm of the society) yang merupakan teras kepada jatidiri kebangsaan. Islam dan Melayu merupakan sebahagian daripada struktur asas (basic structures) yang membentuk Perlembagaan Persekutuan.

Memusnahkan strucktur asas ini akan
mengakibatkan jatidiri dan kerangka Perlembagaan Persekutuan itu sendiri
terpecah.
Walau apapun penghakiman semalam adalah penghakiman yang sah oleh sebuah mahkamah yang kompeten. Ia perlu dihormati sehingga ada keputusan sebaliknya.
PPMM menyeru Kerajaan Negeri Sembilan dan pihak-pihak yang dinamakan di dalam prosiding tersebut memohon kebenaran merayu dalam tempoh yang ditetapkan.

PPMM juga
mendesak sementara menunggu permohonan kebenaran merayu diputuskan
Kerajaan Negeri Sembilan memohon penggantungan perintah yang dikeluarkan
itu. PPMM juga menyeru Kerajaan Persekutuan yang merupakan “amicus
curae” di dalam prosiding tersebut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri
Sembilan di dalam rayuan tersebut.
PPMM selanjutnya menyeru semua Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAINS) di seluruh Malaysia supaya memohon kebenaran mencelah di dalam prosiding rayuan kelak.

Ini adalah disebabkan Majlis-Majlis Agama Islam adalah penasihat
utama dalam hal ehwal agama Islam kepada Sultan/ Raja/ Yamtuan negeri
masing-masing dan YDPA bagi negeri yang tidak mempunyai Raja.
Keputusan
ini juga memberi kesan kepada undang-undang yang sama yang ada di
negeri-negeri lain. MAINS mempunyai kepentingan undang-undang yang jelas
di dalam prosiding ini kerana ia juga akan memberi kesan kepada
undang-undang di negeri berkenaan.
PPMM bersedia memberi taklimat, khidmat dan pandangan kepada MAINS khasnya dan semua Majlis Agama Islam amnya dalam perkara ini.
PPMM juga menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia supaya bertenang bagi membolehkan proses undang-undang berjalan sewajarnya.
Datuk Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.