Followers

Monday, November 10, 2014

Nampak tak mainan hipokrit UMNGOK?

Mahkamah Rayuan, Pondan Dan Rancangan Besar Hipokrasi UMNGOK Untuk Halang Hudud

UMNGOK dan Barang Naik (BN) adalah malapetaka kepada rakyat Malaysia dan negara Malaysia. UMNGOK dan Barang Naik (BN) adalah bala kepada rakyat negara ini dan kawasan-kawasan sekitarnya. 

UMNGOK dan Barang Naik (BN) juga adalah satu bentuk kecelakaan pada generasi akan datang jikalau tidak ditentang, dihapus serta dimusnahkan.

Tinggalkan nama UMNGOK dan Barang Naik (BN) dalam mana-mana catatan sejarah juga, akan menjadikan negara ini sebagai satu petaka.

Sial dan majalnya UMNGOK, gerombolan penjahanam negara yang dianggotai oleh kaki rasuah, kaki seleweng dan kaki salahguna kuasa selain golongan hipokrit ialah, mereka bijak menyembunyikan segala kejahatan mereka dengan pelbagai perkara-perkara retorik. 


Mereka akan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi kepuasan nafsu dan memastikan kuasa mereka terjaga serta berlegar-legar di sekitar keluarga dan kaum kroni mereka semata-mata.

Selepas kes DSAI, UMNGOK telah mensensasikan kes melihatkan lima orang pondan yang diisytiharkan dan dihalalkan oleh mahkamah milik UMNGOK.

Para macai UMNGOK segera menyerang Dato Hishamuddin Yunos yang dianggap sebagai hakim yang menyebelahi Pakatan Rakyat dalam kebanyakan kes. Ia samalah sepertimana mereka menyerang Datuk Mohd Ariff Mohd Yusuf yang merupakan salah seorang daripada barisan hakim Mahkamah Rayuan. 


Bagaimanapun, mereka tidak pula menyentuh tentang Ramli Ali, salah seorang panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan yang mengadili kes DSAI walaupun hakim ini pernah terpalit dengan skandal VK Linggam dan penghakiman berat sebelah yang merampas hak MEnteri Besar Perak daripada DS Nizar Jamaluddin pada tahun 2009.

Kalau kita perhatikan dan perhalusi perjalanan penghakiman Mahkamah Rayuan melibatkan kelima-lima orang pondan tersebut yang diketuai oleh Hakim Mohd Hishamuddin Mohd Yunus itu sebenarnya mempunyai kaitan dengan kuasa Kerajaan Persekutuan yang tidak boleh dilanggar oleh mana-mana negeri. 


Sebab itulah alasan yang diberikan oleh ketiga-tiga hakim itu adalah Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia melibatkan Artikel 5, 8, 9 dan 10.

Kita kena tengok lebih jauh. Kerajaan Negeri Kelantan bercadang hendak menguatkuasakan undang-undang syariah II (hudud) yang telah digubal pada tahun 1993 dahulu. 


UMNGOK dan BN telah memberikan janji kononnya mereka bersetuju dan menyokong Kerajan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud.

Itu kata UMNGOK
tetapi mereka akan berselindung di sebalik mahkamah. 


Apabila isu tersebut dibawa ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, akhirnya Artikel 75, 76 dan 76A akan digunakan sebagai hujah untuk memansuhkan hukuman hudud Kelantan kerana bertentangan dengan Undang-Undang Persekutuan.

Nampak tak mainan hipokrit UMNGOK?

Kes pondan itu sebenarnya kesinambungan untuk perbicaraan hukuman hudud yang akan dibawa oleh UMNGOK apabila Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakannya nanti.

Akhirnya Pakatan terutama PAS akan dilihat tidak serius untuk mengotakan janji mereka, manakala UMNGOK pula akan kelihatan seperti hero sebenar negara ini.



Era Pasca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.