Anwar panggil mesyuarat tergempar
Majlis Presiden PR?
BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak memihak kepadanya dalam rayuan beliau bagi sabitan kesalahan liwat, Majlis Presiden PR akan mengadakan mesyuarat tergempar.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu berkata, mesyuarat itu bertujuan menentukan hala tuju pakatan pembangkang.
"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ada mencadangkan pada hari yang andainya saya dijatuhkan hukuman, maka akan diadakan suatu mesyuarat tergempar untuk kita mara ke depan," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian naik taraf jalan Madrasah An-Nahdoh dan projek tebatan banjir Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini.
Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menganggap keputusan
mahkamah yang tidak memihak kepadanya bukan masalah besar bagi pakatan
pembangkang kerana mereka sudahpun membincangkan manifesto, agenda dan
dasar bersama parti.
"Buat apa nak hukum saya, saya tak salah ...," katanya. Pada Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan yang habis mendengar rayuan terakhir Anwar bagi sabitan kesalahan liwat dan hukuman penjara lima tahun, menangguhkan keputusannya pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Persekutuan memerlukan masa untuk meneliti semua hujahan dan nas undang-undang dikemukakan pendakwa raya dan pembelaan sepanjang lapan hari bersidang.
Berikutan itu, beliau yang mempengerusikan panel lima hakim mahkamah berkenaan mengekalkan jaminan RM10,000 yang ditetapkan Mahkamah Rayuan berserta semua syaratnya sehingga keputusan diumumkan.
Dalam rayuan itu, Anwar, 67, memohon kepada Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini setelah mengubah keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. -Bernama
Kerengga.

Anwar panggil mesyuarat
tergempar Majlis Presiden PR?
BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak memihak kepadanya
dalam rayuan beliau bagi sabitan kesalahan liwat, Majlis Presiden PR
akan mengadakan mesyuarat tergempar.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu berkata, mesyuarat itu bertujuan
menentukan hala tuju pakatan pembangkang.
"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ada mencadangkan pada hari yang
andainya saya dijatuhkan hukuman, maka akan diadakan suatu mesyuarat
tergempar untuk kita mara ke depan," katanya dalam sidang media selepas
majlis perasmian naik taraf jalan Madrasah An-Nahdoh dan projek tebatan
banjir Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini.
Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menganggap keputusan
mahkamah yang tidak memihak kepadanya bukan masalah besar bagi pakatan
pembangkang kerana mereka sudahpun membincangkan manifesto, agenda dan
dasar bersama parti.
"Buat apa nak hukum saya, saya tak salah ...," katanya.
Pada Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan yang habis mendengar rayuan
terakhir Anwar bagi sabitan kesalahan liwat dan hukuman penjara lima
tahun, menangguhkan keputusannya pada satu tarikh yang akan ditentukan
kemudian.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Persekutuan
memerlukan masa untuk meneliti semua hujahan dan nas undang-undang
dikemukakan pendakwa raya dan pembelaan sepanjang lapan hari bersidang.
Berikutan itu, beliau yang mempengerusikan panel lima hakim mahkamah
berkenaan mengekalkan jaminan RM10,000 yang ditetapkan Mahkamah Rayuan
berserta semua syaratnya sehingga keputusan diumumkan.
Dalam rayuan itu, Anwar, 67, memohon kepada Mahkamah Persekutuan
mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya
oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini setelah mengubah keputusan
Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd
Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di
Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26
Jun 2008.
Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman
penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
-Bernama
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
Make Money at : http://bit.ly/best_tips
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.