Followers

Friday, November 28, 2014

Lelaki Cedera Ditetak..

 
Seorang lelaki cedera di badan selepas ditetak dengan parang oleh dua perompak yang memecah masuk rumahnya di Jalan Belida 14, Taman Bukit Chedang, di sini, pagi tadi.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang bersiap siap mahu ke tempat kerjanya di daerah ini dikejutkan kehadiran dua lelaki bermotosikal yang menerjah masuk ke kediamannya.

Katanya, terkejut dengan kejadian itu, mangsa yang berusia 30-an cuba melawan namun suspek yang bersenjatakan parang terus menetak lelaki itu di badannya.

"Sejurus lelaki itu tersungkur dan cedera, suspek melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z," katanya.

Katanya, pihaknya kini memburu kedua-dua suspek yang dianggarkan berusia 20-an dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata.

Katanya, mangsa kini dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.