Followers

Thursday, November 13, 2014

Lain yang Guan Eng Cakap, lain pula yang dia faham....!!

 

Ha...Haa.....Arab Mengaku Melayu Cuba Jadi Batu Api! 

Aku rasa pemahaman bahasa melayu Guan Eng lebih baik dari siArab ni


Kalau pun nak tabur racun, janganlah merendahkan keupayaan akal sendiri. 

Syed Ali: Guan Eng benci Hadi -  Faiz Zainudin 

November 13, 2014 

Tindakan DAP berbaik dengan PAS hanyalah untuk meraih sokongan orang Melayu sahaja. 

PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang enggan hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan beliau benci kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Tambah Syed Ali, tindakan Guan Eng sebelum ini berpura-pura berbaik dengan PAS hanyalah untuk meraih sokongan orang Melayu sahaja namun hakikatnya mereka tidak suka dengan perjuangan PAS. 

“DAP merupakan parti perkauman Cina, bila mereka dapat apa yang mereka mahu tidak mustahil DAP akan tinggalkan PAS,” katanya ketika dihubungi FMT. 

Tambah beliau, tindakan DAP berbaik dengan PAS hanyalah untuk melihat orang Melayu berpecah seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan DAP.

Dalam pada itu, Syed Ali meminta PAS supaya tidak hanya ‘melukut ditepi gantang’ untuk terus berjuang bersama DAP yang sanggup menikam PAS dari belakang. 

“PAS dan UMNO perlu bersatu bagi menguatkan lagi parti orang Melayu, ini kerana perjuangan PAS dan UMNO adalah sama yaitu ingin menegakkan Islam,” ujarnya. 

Semalam Guan Eng berkata, tindakan beliau menunggu Andul Hadi datang ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR untuk memastikan gabungan PR lebih kuat dan menganggap hanya Hadi sahaja yang layak membuat keputusan bagi mewakili PAS dalam PR. 


Posted by mountdweller.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.