Aktivis siswa Universiti Malaya Fahmi Zainol membidas bekas naib canselor Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Ibrahim Abu Shah berhubung kebebasan akademik dan kewajaran mematuhi undang-undang.
Fahmi berkata ulasan Ibrahim mengenai perkara itu dengan memberi contoh
kebebasan beliau untuk bertelanjang "tidak ilmiah, sangat memalukan dan
menunjukkan akhlak dan sikap yang tidak baik sebagai seorang akademik".
"Kalau dia (Ibrahim) telanjang, tak ada siapa pun yang mahu tengok dan dia harus komen secara ilmiah yang menunjukkan dia seorang pensyarah yang baik. Dan dia langsung tak faham apa itu kebebasan akademik.
"Tapi pandangan yang diberikan tidak menunjukkan pembacaan dan penilaian mengenai kebebasan akademik," katanya ketika dihubungi Malaysiakinimalam tadi.
"Dia sebagai seorang pensyarah dan bekas VC UiTM, dia seharusnya menunjukkan akhlak yang baik," katanya yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) lagi.
Fahmi mengulas kenyataan Ibrahim tentang kebebasan siswa menganjurkan aktiviti tanpa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dengan menyamakan kebebasan melakukan sesuatu sesuka hati seperti bertelanjang.
"Apabila saya berbuat sesuka hati saya ini adalah kebebasan saya. Waima kalau sekarang ini saya telanjang depan ni, jangan tangkap. Ini kebebasan mutlak saya.
"Tidak. Dalam banyak undang-undang dunia, mana-mana masyarakat, ada had-had tertentu melainkan kalau kita hidup dalam dunia haiwan.
“Setiap negara ada undang-undang, melainkan kalau Fahmi duduk dalam dunia haiwan.
“Kalau melampaui batas mungkin ketua beruk akan marah, itu binatang apatah lagi manusia,” kata Ibrahim kepada Malaysiakini semalam.
Kenyataan Ibrahim itu susulan tekanan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengancam untuk menarik biasiswanya kepada Fahmi susulan penganjuran pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hujung bulan lalu.
Posted by Jeebond BL

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.