PETALING
JAYA: Kotor, jijik dan memualkan. Semestinya begitulah respon orang
ramai yang sudah menonton video mengenai pekerja sebuah restoran
menggunakan mop sama untuk mengelap lantai dan meja. Lebih teruk,
dikatakan ianya meja tempat menebar roti canai.
Mustahil
pekerja restoran tersebut tidak tahu fungsi mop, mustahil juga jika dia
tidak tahu membezakan antara lantai dan meja? Lantai untuk dipijak,
meja untuk dihidangkan makanan.
Bukanlah perkara baru jika kebersihan
restoran-restoran mamak menjadi persoalan. Video ini buktinya. Namun,
adalah tidak adil jika kita menganggap kesemua restoran mamak melakukan
perkara serupa.
Apakah ini insiden terpencil bak kata
“kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?” Apapun, tidak salah untuk
orang ramai lebih berhati-hati demi kesihatan masing-masing.
Apa yang jelas kelihatan di sini,
pekerja restoran tersebut mengelap meja dan lantai menggunakan mop yang
sama. Lebih teruk, rakan-rakan sekerjanya melihat perbuatan tersebut dan
gayanya, tidak ada yang menegurnya. Mungkin juga, itu adalah perkara
biasa bagi mereka!.
Lebih teruk, insiden berlaku ketika ada
pelanggan di restoran tersebut. Malah, pekerja berkenaan bagaikan
menyedari perbuatannya dilihat pelanggan.
Jika begitulah gayanya ketika ada pelanggan, bayangkan keadaan di dapur atau ketika tidak ada pelanggan di restoran berkenaan!.
Video tersebut yang kini sudah menjadi
viral di media sosial dikatakan diambil di sebuah restoran mamak Taman
Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Sudahkah tuan punya restoran atau
mana-mana pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan
Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan menonton klip video
ini? Jika sudah, apakah tindakan mereka?. FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.