Followers

Wednesday, November 26, 2014

DUN SELANGOR - PEMBANGKANG TOLAK PERUNTUKAN ??


Wang dalam Bajet adalah wang rakyat

MB Selangor Azmin Ali mencadangkan pemberian peruntukan RM200 ribu setahun kepada ADUN2 pembangkang, yakni UMNO.

Peruntukan sebanyak itu sama dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan BN dalam sesetengah negeri yang mereka perintah- kepada ADUN mereka. ADUN pembangkang- yilek.

Peruntukan yang ditempatkan dalam pejabat tanah dan daerah itu boleh diguna oleh adun2 dalam pelbagai perbelanjaan runcit keatas masyarakat- berian kepada rombongan( wanta UMNO suka pergi langkawi, ke Nilai, kemana mana bersantai dan membeli belah), berian untuk mengadakan majlis itu dan ini, pembelian pelbagai barang keperluan dan sebagainya.

Semua untuk rakyat kecuali wakil rakyat yang memalsukan tuntutan.

Beranikah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai oleh UMNO memberi peruntukan seperti itu kepada ahli parlimen dan adun pembangkang seperti yang diberi kepada ADUN mereka?

Tindakan Azmin amat saksama kerana wang yang diberi sebagai peruntukan itu bukanlah wang parti Pakatan- tapi wang rakyat. Jika jumlah nya tidak sama seperti peruntukan yang diberikan kepada ADUN Pakatan- sekurang kurang ada peruntukan untuk pembangkang.

Kita terima mesti ada perbezaan antara peruntukan untuk adun kerajaan dan adun pembangkang. Peraturan seperti ini kita boleh terima.

Rakyat tidak perlu khuatir sebab wang peruntukan tersebut bukan nya dimasukkan dalam akaun peribadi wakil rakyat tapi diserahkan kepada pejabat tanah dan daerah. Kecuali saya rasa di Sarawak dimana peruntukan dimasukkan kedlaam akaun peribadi.

Berani atau tidak kerajaan UMNO memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dalam negeri mereka? Tidak mengapa jika adun UMNO dapat RM600 ribu- kita hanya perlu RM240 ribu setahun.

Tidak mengapa ahli parlimen UMNO dapat RM2 juta setahun- kita hanya perlukan Rm1juta. Duit itu rakyat yang punya.
Wang rakyat bukan bapak UMNO yang punya.
Anak muda yang selalu dikuliahkan siapa beri biasiswa kamu dan siapa beri kemudahan itu dan ini- jangan kisahkan semua nya itu. Masing2 mempunyai hak keatas pendirian yang dipilih.

Kita tidak ada masaalah kepada orang2 yang berfikiran setelah menerima ehsan kerajaan mereka mahu menghamba-adbikan diri dan bersetia membabi buta.

Ini masaalah pokok penyokong pemerintah- hanya kerana mereka menyalurkan wang rakyat, mereka ingat mereka pemilik dan tuan dan kita ini kuli dan hamba.

Selalu kita dengan orang menyebut- jangan tanya apa pemerintah boleh beri kamu, tanya apa kamu boleh sumbangkan kepada kerajaan.

Perkara ini saya sudah ulas banyak kali. Bila kerajaan tanya jangan tanya apa pemerintah beri kamu- ini meletakkan kerajaan itu sebagai tuhan yang mesti dipuja dan dimuliakan agar memberi ehsan kepada hamba nya dan apa2 yang diberi adalah hasil belas ehsan yang mesti dibalasi dengan penghambaan diri.

Bila tanya apa sumbangan kamu kepada kerajaan- kerajaan seolah menjadi tuan dan pemilik keatas rakyat.
Anak muda yang bangun memberontak melakukan demikian, kerana gesaan memuja dan menghamba-abdikan diri bertentangan dengan piagam individu berjiwa meredeka.
Rakyat yang berjiwa merdeka tidak anggap kerajaan atau pemerintah sesuatu yang menghimpit atau menekan mereka dari atas. Pemerintah itu adalah wasilah atau jalan untuk mencapai kepentingan bersama.

Golongan yang cerah pemikiran hari ini bertanya- apakah yang mereka boleh capai melalui kerajaan untuk kepentingan bersama.
Bila pelajar dan golongan progresif lain menentang kerajaan- mereka mendedahkan perihal keberadaan golongan yang terpinggir yang tidak menikmati kesejahteraan bersama.
Mereka memberitahu bahawa peranan kerajaan yang diujudkan oleh persetujuan rakyat jangan dijadikan jentera menekan dan menindas rakyat.
Kerajaan yang memerintah sekarang memegang semua duit rakyat yang bayar cukai memang bertanggung jawab mengurus dan mentadbir wang rakyat.
Pihak pembangkang dan golongan yang menjaga conscience masyarakat memantau supaya wang rakyat dibelanjakan secara berhemah dan memantau supaya pemerintah jangan zalim dan mencabul hak rakyat. 
Jika mereka beri PTPTN atau bantuan lain, itu bukan wang diambil dari saku mereka sendiri- bahkan wang tersebut adalah dari cukai yang diambil dari rakyat.
Pelajar harus berterima kasih tapi mesti berdiri menentang salah laku dan rasuah dan pembulian keatas rakyat. 
Kalau kerajaan tidak cekap, korap, tidak adil, adalah menjadi tanggung jawab untuk semua warga negara yang conscientious, bangun bercakap. -sakmongkol
 
ULASAN GB

Dah dibagi RM200,000 tu dah kira baik daripada kerajaan yang negeri-negeri dikuasai UMNO BN yang lansung tak berikan walaupun sesen kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.

GB yakin dan percaya penolakan itu adalah "arahan" daripada pihak atasan UMNO yang sebenarnya rasa terhina dan malu kerana mereka selama ini tidak pernah dapat melakukan seperti kerajaan PR lakukan di Selangor.

Memang wajar mereka ditimpa kehinaan dan keaiban - demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan - sebagai balasan terhadap kealiman dan kekejaman mereka lakukan ke atas wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tidak berikan peruntukan samada di perinkat pusat atau negeri.

Bak kata sakmongkol....... Wang rakyat bukan bapak UMNO yang punya.





 
Tak mengapa YAB MB - kalau mereka tidak mahu, kita gunakan bagi bantuan kepada Anak Anak Sekolah yang keluarga kurang kemampuan, beri mereka bantuan buku teks - buku Ulangkaji dan Kamus yang sesuai dengan tingkatan mereka, jauh lebih bermafaat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.