Followers
Wednesday, November 19, 2014
Kerajaan Umno@Bn tanggung hutang 1MDB hampir RM20 bilion ??
Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli menggangarkan Kerajaan menangung hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) hampir RM20 billion.
RafiziMenurutnya, kerajaan menanggung hutang RM9.7 bilion sekiranya syarikat pelaburan itu tidak dapat melunaskan hutang mereka.
Ia katanya termasuk jaminan nyata kerajaan sebanyak RM5.8 billion yang diakui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Selain itu, kerajaan juga menanggung hutang anak syarikat 1MDB iaitu SRC International Sdn Bhd sebanyak RM4 bilion di mana hutang ini diperoleh dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang dijamin kerajaan.
“Daripada ketiga-tiga hutang yang diambil oleh 1MDB ini sahaja, jelas Putrajaya berhadapan dengan tanggungan kewangan sebanyak RM19.5 bilion.
“Ini tidak termasuk baki hutang-hutang lain yang jumlah keseluruhannya mencecah RM42 bilion bagi tahun berakhir 31 Mac, 2014 yang matlamatnya belum diketahui umum,” kata Rafizi pada satu sidang media di Parlimen hari ini.
Oleh sebab itu katanya, rakyat perlu dimaklumkan risiko tanggungan kewangan yang dihadapi Kerajaan Persekutuan yang kini mencecah sekurang-kurangnya RM20 bilion terutamanya mengambil kira prestasi operasi dan kewangan yang ditunjukkan 1MDB setakat ini.
“Dalam keadaan 1MDB tidak boleh menyatakan pun ke mana perginya dana-dana yang memberi tanggungan kewangan besar berjumlah RM20 bilion ini kepada syarikat, sudah tentu rakyat berhak berasa bimbang.
“Jumlah RM20 bilion boleh membina sekurang-kurangnya 40 hospital di seluruh negara. Ia juga boleh membuka sekurang-kurangnya 15 universiti awam baharu.
“Jika dilabur dengan baik, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu berhadapan dengan tindakan yang membebankan mereka,” ujarnya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.