ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah merancang enam projek utama dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang mampu memacu pembangunan dan kemajuan negeri ini.
Projek
pemangkin itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Bandaraya
Aero Kedah (Kedah Aerocity), Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner
Expressway (SPIKE), Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City), Taman
Sains dan Teknologi Kedah (Kedah Science and Technology Park) dan
Bandaraya Sains Perubatan Kedah (Kedah Medical Science City).
Semasa membentangkan Bajet Kedah 2015 bertema Ekonomi Modal Memakmurkan Rakyat, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun pelaksanaan projek-projek itu dijangka bermula dalam RMK-11, namun kerajaan negeri sudah mengambil tindakan awal untuk menyiapkan prasarana mulai tahun hadapan.
Menurutnya cadangan pembinaan KXP dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara walaupun Kedah sudah mempunyai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
"Ini dikuatkan dengan justifikasi yang diterima ramai. Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui menjadi lebih kritikal beberapa tahun lagi dan akan mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang bagi pengendalian penumpang. -
Bernama
KedahLanie.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.