Followers

Saturday, November 8, 2014

JPJ DIARAH BAYAR GANTI RU GI RM76,835 KEPADA PENIAGA - By canang

 
 
Kuala Lumpur – Seorang peniaga hari ini menang dalam samannya terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung pembelian sebuah kereta curi dalam lelongan awam jabatan itu, enam tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusoff memerintahkan JPJ membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM76,835 kepada Mohd Iskandar Idris, selaku plaintif.
Dalam penghakimannya, beliau berkata JPJ gagal menguruskan penjualan secara tender hingga menyusahkan plaintif.
Iskandar, 32, memfailkan saman terhadap Adenan Md Isa, Penolong Pengarah JPJ Selangor, Ketua Pengarah JPJ dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan 12 September 2012 menerusi Tetuan Hakimi & Partners, Mohd Iskandar berkata pada 31 Oktober 2008 beliau membeli sebuah kereta Perodua Kancil pada harga RM1,250 dalam satu lelongan awam yang dijalankan JPJ di Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.
Beliau mendakwa diberitahu oleh JPJ kereta itu adalah sah untuk dimiliki dan hak milik boleh ditukar kepada namanya tanpa sebarang masalah.
Namun pada 14 Sept 2009, plaintif ditahan polis atas alasan memiliki kereta curi dan digari di khalayak ramai ketika berniaga menjual minuman di sebuah pasar Ramadan.
Beliau kemudiaan dibawa ke Balai Polis Seapark, Petaling Jaya, untuk soal siasat.
Dalam saman itu, Iskandar mendakwa beliau terkejut apabila diberitahu polis kenderaan yang dibeli adalah kenderaan curi walhal beliau membelinya dalam lelongan awam yang dijalankan JPJ.
Beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah polis berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebelum kenderaan itu disita.
Iskandar berkata beliau sempat mendapatkan semula kereta itu tetapi ia sudah dileraikan semasa dalam penyimpanan dan perlu dibaiki.
Plaintif menuntut RM12,335 untuk ganti rugi khas, kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.sumber

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.