Followers

Saturday, November 8, 2014

Azmin Suruh Tanya Mahathir Siapa Noh Omar Sebenarnya..

 

Mohamed Azmin Ali hari ini enggan mengulas dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang mendakwanya "cuba tunjuk pandai" mencari jalan pendamaian berhubung kemelut fatwa Sisters in Islam (SIS).

Menteri besar Selangor itu sebaliknya berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dirujuk untuk mengenali siapakah sebenarnya Noh.

"Siapa? Noh Omar? Dia ada lagi?


"Saya ingat tanya Dr Mahathir siapa Noh Omar ni?" katanya menjawab ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya.

Noh semalam mendakwa Azmin cuba berlagak pandai apabila mencadangkan satu pertemuan diadakan di antara Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan SIS berhubung fatwa sesat oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu.

Katanya, adalah tidak wajar pertemuan itu diadakan kerana SIS sudah pun mengemukakan semakan kehakiman berhubung status mereka di mahkamah.

“Sekiranya menteri besar mahu mufti jumpa SIS, beliau kena nasihatkan NGO itu supaya menarik balik kes tersebut.

“Tetapi Azmin hendak tunjuk pandai sedangkan Mufti lebih arif mengenai perkara ini. Mufti tidak mahu jumpa sebab perkara ini dalam pengetahuan mahkamah," katanya dipetik dari akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Noh pada Rabu meminta Dr Mahathir menjelaskan sejak zaman bila orang ramai mula mengaitkan Umno sebagai parti rasuah.

Beliau turut menggesa Dr Mahathir memberi komen secara spesifik berhubung kritikannya kepada Umno Selangor yang didesak untuk dibubarkan.

“Dia suruh siapa berundur? Umno Selangor itu siapa? Saya hendak komen macam mana kalau tidak ada spesifik. Hendak undur apa? 
 
Yang duduk di Umno Selangor itu semua ketua bahagian. Ketua bahagian yang dipilih oleh orang Umno, oleh perhimpunan.

“Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?” katanya kepada The Malaysian Insider.

- tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.