Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tidak
akan menghadiri forum berkaitan hutang 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) yang dijadualkan Rabu depan kerana beliau tidak menerima sebarang
jemputan daripada penganjur.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman juga dijangka tidak menghadiri forum berkenaan.
"Forum ini dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) NOW, yang
dipercayai rapat dengan Rafizi," kata Ahmad pada sidang media di lobi
Parlimen hari ini.
Ahmad Maslan berkata,
forum berkenaan mula tersebar di laman media sosial dengan tertera
gambar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dirinya, Hazem dan
ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, serta Ahli Parlimen Petaling Jaya
Utara Tony Pua mewakili Pakatan Rakyat (PR).
"Saya tidak menerima surat jemputan dan tidak menyatakan akan hadir. 1MDB juga tidak akan hadir.
"Ini salah satu lagi usaha, bila tidak datang kata saya penakut.
Cukuplah bagi saya menjawab di Parlimen," kata Ahmad kepada pemberita.
Forum berkenaan dijangka diadakan di The Club, Kuala Lumpur pada Rabu, bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam. ~malaysian insider
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.