Akhbar ‘The Star’ bertarikh 20 November 2014 membawa tajuk, “UMNO delegates to speak their mind at assembly”.
Melihat tajuknya sepintas lalu memberikan gambaran kepada aku bahawa itu merupakan perkembangan yang amat baik bagi parti UMNO kerana para perwakilannya telah diberikan kebebasan untuk menyatakan hasrat apa yang terkandung dalam pemikiran mereka.
Dan tidaklah lagi para perwakilan terkongkong untuk menyatakan sesuatu mengenai keadaan orang Melayu kini, terutama yang berkaitan dengan kelemahan orang Melayu dalam berbagai bidang yang belum dapat diselesaikan oleh UMNO yang merupakan tunjang kepada Barisan Nasional yang memerintah Negara ini semenjak beberapa puluh tahun yang lalu.
Setelah membaca seterusnya berita berkenaan, barulah aku sedar bahawa tanggapan aku salah.
Para perwakilan rupanya tidak akan membincangkan tentang keadaan orang Melayu yang seperti ayam yang ‘mati di kepuk padi’ dan seperti itik ‘yang mati kehausan di air tenang’.
Mereka tidak akan membincangkan tentang kenaikan harga minyak yang menyebabkan harga barang melambung naik dan menyusahkan kehidupan orang Melayu yang miskin.
Para perwakilan juga tidak akan membincangkan tentang wang Negara yang berkemungkinan ‘lesap’ sepertimana yang pernah dialami oleh Negara ketika Skandal BMF pada awal 1980an dulu.
Dan para perwakilan juga rupanya tidak mebincangkan tentang kegiatan rasuah yang bermaharajalela yang dilakukan oleh setengah pemimpin mereka. Mereka juga rupanya tidak akan ambil pusing tentang teguran bekas pemimpin mereka, Tun Mahathir yang menegur tentang berbagai perkara terutama yang berkaitan dengan perjalanan sistem pendidikan Negara.
Dan para perwakilan juga tidak akan diberitahu tentang kemungkinan orang Melayu akan berinjak ke pinggir hutan setelah kemampuan mereka untuk membeli sebuah rumah dibandar diluar kemampuan mereka.
Malang sungguh nasib orang Melayu….. Rupanya apa yang aku paparkan di atas bukan merupakan perkara yang harus dibincangkan oleh perwakilan UMNO nanti.
Rupa-rupanya isu berkenaan bukan merupakan isu yang ‘merunsingkan’ ahli UMNO di seluruh Negara mengikut apa yang dipaparkan oleh akhbar ‘The Star’. Rupanya isu yang aku paparkan di atas bukan isu yang membabitkan orang Melayu keseluruhannya.
Dengan sendirinya memberikan gambaran kepada aku bahawa orang Melayu sudah tidak ada apa yang perlu dibincangkan mengenai diri mereka kerana semua perkara telah dibereskan oleh kerajaan terutama dengan pemberian BRIM sudah cukup untuk memberikan orang Melayu tidur nyenyak dengan buaian mimpin yang indah-indah. Agaknya begitulah…..
Rupa-rupanya yang sangat membimbangkan orang Melayu kini (terutama di kampung-kampung agaknya) ialah tentang usaha-usaha pihak tertentu yang kononnya cuba menggugat Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kedudukan agama Islam, kedudukan orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
Dan para perwakilan UMNO akan mengkeritik pihak pemerintah kerana tidak begitu tegas dalam menangani isu-isu ini, walaupun kononnya kelihatan terdapat usaha-usaha untuk memperkecilkan peruntukan dalam perlembagaan Negara ini disamping mempersoalkan juga mengenai ketegasan pihak kerajaan menguatkuasakan Akta Hasutan.
Sebagai orang Melayu ‘tulin’ keturunan orang asli, mungkin agaknya mataku ‘buta’ dan ‘pekak’ kerana tidak dapat melihat ‘ancaman’ yang begitu serious terhadap orang Melayu terutama ancaman terhadap agama Islam, kedudukan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.
Setahu aku apa yang disentuh ini adalah merupakan ‘isu Pakatan Murni’ antara tiga kaum terbesar di Negara ini (Melayu, Cina, India) untuk mencapai kemerdekaan dulu (1957).
Malah Lord Reid, yang merupakan arkitek merangka Perlembagaan Persekutuan pada ketika itu telah diberi ‘pesan’ bahawa isu-isu ini adalah teras kepada kewujudan Negara Malaya yang merdeka.
Dan seingat akulah, tidak pernah lagi ada usaha-usaha kaum lain ( Cina dan India) untuk menggugat kedudukan orang Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
Malah seingat akulah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh Tun Abdul Razak pada awal 1970an mendapat sokongan dari pemimpin kaum lain, sedangkan DEB itu jelas bertujuan untuk memajukan orang Melayu.
Kaum lain faham tentang semangat muhibbah dan kerjasama yang perlu diamalkan dalam Negara seperti Malaysia demi kesinambungan kesejahteraan Negara ini.
Oleh hal yang demikian, mengapakah diheboh-hebohkan tentang kononya agama Islam terancam. Mengapa ditimbulkan isu yang kononnya orang Melayu tergugat.
Dan apakah benar yang kedudukan Raja-Raja Melayu telah dipersoalkan kewujudannya oleh kaum lain.
Bagi aku kedudukan perkara-perkara ini adalah amat kukuh dalam perlembagaan kita seperti kukuhnya Banjaran Titiwangsa. Maknanya tidak akan siapa yang berani menggugatnya.
Pendek kata seseorang yang cuba menggugatnya akan terpaksa ‘melangkah mayat orang Melayu’ terlebih dahulu.
Orang bukan Melayu tahu dan faham hakikat ini kerana kewujudan mereka dan datuk nenek mereka sudah begitu lama berada di Negara ini dan tidak ada sebab mengapa mereka akan mengancam dan menggugat isu-isu yang sudah termaktub dengan jelas yang dirangka oleh datuk nenek kita dahulu.
Rakyat Malaysia yang perihatin tahu dan faham bahawa pemimpin UMNO sentiasa menggunakan ‘fear paradigm’ untuk ‘menakut-nakutkan orang Melayu supaya akan terus menyokong mereka.
Dan sebagai salah satu usaha UMNO juga ialah untuk menjadikan ‘bayang-bayang’ sebagai satu reality demi untuk menyembunyikan isu sebenar yang dihadapi oleh orang Melayu kini.
Selagi tektik sedemikian digunakan oleh UMNO, maka aku khuatir selagi itulah orang Melayu akan terus berada ‘di takuk’ lama.
Mungkin……. Abuhassanadam
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.