Followers

Monday, October 20, 2014

Wahai Tuan Man.... ketahuilah siapa syaitan itu



Berikut ini adalah tulisan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Aku cuma cuba tolong bagi sedikit pencerahan ikut apa yang aku fahamlah...korang tak setuju, korang bagilah hujah korang pula....kalau hujah aku tak betul, tang mana salahnya... tolong ajarkan aku dengan petunjuk dari Allah dan rasul...
Wahai anakku,
 
Andainya engkau kecewa kerana pandanganmu tidak dihargai atau ditolak oleh jamaah, sedarlah bahawa syaitan telah menguasai perasaan dan fikiranmu. Ia berusaha agar engkau bersedih, marah dan kecewa. Syaitan akan terus menghasutmu untuk memecah-belah jamaah melalui lidah dan tanganmu. Awasilah. 
Wahai anakku,
 
Jangan sesekali kamu menjadi punca yang menghancurkan keputusan jamaah.
Wahai anakku,
 
Awasilah golongan yang kecewa kerana mereka akan dikumpulkan bagi menyemarakkan kekecewaan dan kemarahan terhadap keputusan jamaah, sehingga ia akan membentuk gelombang kemarahan dan pemberontakan terhadap jamaah. Di kala itu mereka akan merosakkan perjuangan ini.

Wahai anakku,
 
Musuh ingin melihat perpecahan di kalangan kita dengan menimbulkan buruk sangka dan hilangnya hormat antara satu sama lain. 
 
Mereka gembira apabila kita hilang adab dalam memberi pandangan. Di kala itu segala pandangan baik tidak lagi menjadi kebaikan. 
 
Kerana kebaikan hanya akan lahir bila kamu berkasih sayang serta hormat yang tinggi pada seseorang. Bilamana hilang hormatmu pada mereka, maka hilanglah hormat mereka kepadamu.

Wahai anakku,
 
Kalau kamu dibenci kerana kamu membenci dan kalau kamu mengasihi kamu akan dikasihi. Janganlah engkau melampau dalam kasih sayang kepada seseorang melebihi apa yang diizinkan Allah. 
 
Kerana terlampau kasih dan sayang akan cepat mengundang rasa kecewa. Bersederhanalah dalam segala tindakan, kerana engkau akan lebih tenang dalam pandangan penghormatan.

Benar sungguh madah itu mu itu  Wahai  Tuan…

Pada mesyuarat 17 Ogos lalu, mesyuarat AJK PAS pusat memutuskan hantar dua nama calon MB Selangor, WAWI dan Azmin. 
 
Kemudian bermesyuarat lagi pada 25 Ogos cuba nak pinda keputusan mesyuarat 17 Ogos tu, tetapi bertelagah dan gagal melakukannya. 
Kemudian seperti kata tuan, "syaitan telah menguasai perasaan dan fikirannya..." lalu dia buat keputusan sendiri, hantar nama calon sendiri. Hinggakan Timbalan Presiden, Hj Mohd Sabu pun tidak tahu mengenainya.


Ketika ada wartawan bertanya kepada Wan Zawawi, Setiausaha MSU, dia (Wan Zawawi) mengesahkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS bertanggungjawab memutuskan senarai calon bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
Dengan angkuh dia jawab secara sinis  “Ya… ya betul. Majlis Syura yang putus nama. Majlis Syura ini badan tertinggi (dalam PAS),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Dan apakah benar ada orang berniat jahat nak memburukan MSU dengan menyebarkan surat arahan palsu sebagaimana kenyataan menantu suci ini:


Kalau arahan tersebut benar 'palsu' bagaimana pula tuan, dan lain-lain PJ negeri selain Selangor telah keluar arahan menyokong arahan MSU tersebut?
Tindakan tuan dan PJ negeri yang melarang ahli PAS di negeri masing-masing menyertai PasMa, memperlihatkan kecenderungan atau simpati kepada PasMa dengan menghadiri program pertubuhan itu, kalau ikut kenyataan menantu suci diatas tu, Tuan dan PJ semua itu adalah: "berniat jahat mengimejkan MSU extreme"  Tak gitu? Bukan aku kata... Menantu suci itu yang kata!
Wahai tuan, bukankah sudah jelas siapa yang menjadi punca yang menghancurkan keputusan jemaah? Syaitan bertopengkan ulama ramai dalam MSU tu kan? Elok sangat tukar maksud akronim MSU tu jadi  Majlis Syetan Ulama!
 


al-Husseyn 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.