Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar selepas selesai pembentangan Bajet 2015
di Dewan Rakyat, Parlimen, petang kelmarin. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
Maaf kerana tiada apa-apa kenyataan yang
dikeluarkan oleh Presiden PAS Haji Hadi sehingga kini. Dah cari kat
Harakah pun yellek!
Menurut sumber, Haji Hadi tidak hadir sewaktu pembentangan bajet petang kelmarin.Mungkin beliau udzur syari'e? Setiap kali bila ada pembentangan bajet, beliau sering tidak ada.... pasal apa?
Tolong doakan Hj Hadi sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat ...
Menurut sumber, Haji Hadi tidak hadir sewaktu pembentangan bajet petang kelmarin.Mungkin beliau udzur syari'e? Setiap kali bila ada pembentangan bajet, beliau sering tidak ada.... pasal apa?
Tolong doakan Hj Hadi sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat ...
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pembentangan Bajet 2015 oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini ialah
pengulangan bajet yang sama saban tahun.
Jelas Anwar, beliau
berkata sedemikian kerana Perdana Menteri tidak menyentuh secara
holistik (menyeluruh) mengenai cara menangani ketirisan yang berlaku
dalam pentadbiran negara.
"Seperti biasa bajet ini mengulangi beberapa pengumuman awal tiap-tiap tahun sepertimana bajet enam, tujuh tahun yang lalu.
"Kerajaan umpamanya
tidak menyatakan kos yang meningkat dan cara untuk tanganinya, misalnya
kenaikan harga minyak adalah tidak munasabah apabila harga minyak
antarabangsa mengalami penurunan.
"...di samping itu soal
kebocoran, rasuah, ketirisan tender dalam pemberian beberapa kontrak
besar yang menyebabkan kos meningkat ini tidak disentuh, kebocoran ini
memberi kesan yang berbahaya jika tidak ditangani," katanya kepada
pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.
Sementara menyentuh
mengenai pelebaran pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
dalam pembentangan Bajet 2015 ini, Anwar berkata, pengenalan GST tetap
akan membebankan rakyat.
"GST bukan pengecualian semata-mata tetapi ia akan meningkatkan harga barang," katanya.
LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau
Pinang Lim Guan Eng, walaupun Bajet 2015 dikatakan sebagai bajet pro
rakyat namun baginya bajet ini tidak berjiwa rakyat.
"Kita lihat bajet yang disebut sebagai bajet rakyat namun saya rasa, ini tidak benar-benar berjiwa rakyat.
"Walaupun sekarang ada
beberapa langkah untuk kurangkan beban rakyat tetapi dari segi perkara
pokok tiada usaha untuk bantu rakyat di mana kita hendak selesaikan
kronisme contohnya lihat projek 1MDB, semua isu ini belum dijawab dan
ditangani kalau benar -benar hendak berjiwa rakyat pertalian kronisme
haruslah dihapuskan, namun sehingga sekarang tiada usaha untuk tangani
perkara ini," katanya.
Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2015 iaitu bajet
terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).
Seperti pelan tindakan
kewangan yang lain, Najib yang juga Menteri Kewangan mengatakan bahawa
Bajet 2015 merupakan belanjawan 'pro rakyat' dan meliputi
langkah-langkah mengurangkan beban kos hidup.9
Antara lain, Bajet 2015 ialah membantu meningkatkan peluang pekerjaan,
pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik.
Selain, menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).SUMBER
HJ HADI AWANG
Sebelum saya nak klik untuk pablish entry ini, saya brows semula Harakah nak pastikan memang tidak ada kenyataan HJ Hadi...Saya terkejut sebab tetiba sudah ada....baru ada? Korang kalau nak baca sila klik sini
Saya terpaksa masukan bahagian Haji Hadi ni seperti ini. Tajuk entri pun kena tukar tuh!...
Saya amati ayat-ayat dari kenyataan tersebut adalah dari remote controlled.... tak ada ayat Quran atau hadis sebagaimana biasanya.
Gaya bahasanya pun lain...tak ada Barua atau Brokar! Ha!Ha! Ha! Kereta Knight Rider pun boleh bercakap....nak heran apa?
Tapi aku lebih tertarik dengan beberapa komen yang turut menyedari hakikat yang sebenarnya ...nasib kaulah Haji...ramai yg dah celek dan tidak mudah dibohongi.
Bidaman Dua: " Saya mendengar dan menekuni pembentangan Bajet 2015 oleh Menteri Kewangan Pertama yang juga YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 10 Oktober 2014"
Soalan: Mendengar depan TV atau mendengar sendiri di parlimen? Yang nampak hanya papan tanda nama Marang sahaja (?)
Yusof Saad : Tghh hanya dengar kat radio je, tapi sama jugalah, Reply · Like · about an hour ago
Alwi Mustapha : Uuhhaaa..mamat tu mmg tak nmpk kat TV ..apa lg kat parlimen ...mgkin si mamat ni tidoq seblhan dgn ketua pembangkang tu..ssb DIA dgr je ..nmpk sgt menipu ..ikut SKRIP DSAI bah.."mengulangi isi lama..".
Amer Walton : Aik.... tak datang pembentangan pun nak juga komen tuuuuu... Nape tak datang?? Takut dok sebelah Nuar ke?? Kalau takut nuar balik kpg je lahhh, tak layak jd pemimpin 'isle'.. Amanah rakyat kena buat, gaji rakyat bayar tau...
Swiss Army Knives Wenger-Victorinox : kah kah kah..hujah takda kutuk peribadi...bila ada kutuk Najib gila2 defend...kah kah kah
al-Husseyn
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.