SAYA
sudah menjangkakan bahawa akan ada pimpinan Umno/Barisan Nasional yang
menggunakan taktik lama menuduh bahawa pimpinan Pakatan Rakyat
memburukkan negara di peringkat antarabangsa setiap kali ada pertemuan
di antara kami dan pimpinan negara luar.
Kenyataan Datuk Seri Shahidan Kassim dua hari lepas kononnya saya dan rakan-rakan delegasi Keadilan yang lain memburukkan nama Malaysia dalam pertemuan dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishops dan ahli-ahli Parlimen Australia yang lain tidaklah mengejutkan.
Saya membincangkan isu-isu berhubung kecenderungan Umno/Barisan Nasional menggunakan kempen yang memanipulasi agama dan perkauman untuk kekal berkuasa, selain dari tindakan-tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan pihak yang berbeza pendapat dengan menggunakan Akta Hasutan dan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu-isu ini bukanlah perkara yang baru dan telah menerima liputan meluas di peringkat antarabangsa. Apatah lagi apabila Umno/Barisan Nasional enggan bertindak terhadap ugutan-ugutan perkauman dan manipulasi agama yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional; contohnya ugutan untuk membakar Bible yang dibuat oleh Datuk Ibrahim Ali.
Malah, tindakan Umno/Barisan Nasional yang terus menyalahgunakan institusi undang-undang untuk menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain melalui Akta Hasutan telah pun meletakkan fokus masyarakat antarabangsa kepada rekod hak asasi manusia kerajaan Malaysia yang semakin merudum.
Dalam pertemuan saya dengan Human Rights Watch dan Amnesty International, saya telah dimaklumkan bahawa laporan tahunan hak asasi manusia bagi tahun 2014 yang bakal dikeluarkan oleh Human Rights Watch akan mengkritik rekod hak asasi manusia yang semakin buruk kerana beberapa tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional terutamanya pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penggunaan Akta Hasutan.
Human Rights Watch dan Amnesty International juga peka dengan kecenderongan Umno/Barisan Nasional kebelakangan ini untuk menggunakan seksyen-seksyen tertentu dari Kanun Keseksaan (Penal Code) sedia ada bagi tujuan pendakwaan politik dengan memberi gambaran seolah-olah pendakwaan tersebut adalah siasatan jenayah biasa.
Oleh sebab itu, jika Umno/Barisan Nasional benar-benar ikhlas mahu menjaga nama baik Malaysia di mata antarabangsa, ia perlulah menghentikan tindakan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan amalan demokratik.
Tindakan Umno/Barisan Nasional selama inilah yang sebenarnya telah pun menarik perhatian masyarakat antarabangsa kepada rekod demokratik dan hak asasi manusia kerajaan Malaysia yang semakin buruk.
Saya suka mengingatkan Umno/Barisan Nasional bahawa dalam suasana dunia sekarang, sebarang tindakannya yang bertentangan dengan adab demokrasi akan mengundang kecaman dan tindak balas dari banyak pihak di seluruh dunia.
Sekiranya ada campur tangan politik untuk mempengaruhi keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kecaman dan tindak balas itu bukan sahaja datang dari negara-negara lain dan badan-badan antarabangsa, malah ia mengundang satu lagi gelombang aktivisme di kalangan pelajar-pelajar Malaysia luar negara dan rakyat Malaysia di luar negara seperti mana yang berlaku di dalam tahun 1998 dahulu.
Pertemuan saya dan rakan-rakan dengan mahasiswa Malaysia di Melbourne, Adelaide, Perth, Canberra dan Sydney membuktikan bahawa mahasiswa Malaysia (baik yang di bawah tajaan atau persendirian) mengikuti perkembangan politik di Malaysia dengan dekat.
Lahirnya kumpulan mahasiswa seperti Malaysian Progressives (MP) di Australia yang menganjurkan siri dialog dengan mahasiswa bagi menggalakkan kesedaran politik di kalangan mereka membuktikan Umno/Barisan Nasional tidak boleh mengambil mudah keberanian dan kematangan mahasiswa Malaysia di luar negara yang akan memberi tindak balas kepada perkembangan politik di Malaysia.
Pimpinan Keadilan akan terus menjalin hubungan rapat dengan rangkaian ahli politik di seluruh dunia yang mempunyai pandangan yang sama mengenai hak demokratik, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia.
Itu adalah hak kami sebagai ahli parlimen dan pimpinan sebuah parti politik yang sah dan telah mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.
Taktik menuduh kononnya pembangkang suka memburukkan nama Malaysia di mata antarabangsa yang selalu digunakan Umno/Barisan Nasional tidak boleh dipakai lagi. Umno/Barisan Nasional bukanlah Malaysia dan tindakan buruk mereka tidak melambangkan rakyat atau negara Malaysia, apatah lagi bila mana Umno/Barisan Nasional adalah kerajaan minoriti yang hanya mendapat sokongan 47% pengundi dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu. -
HARAKAHDAILY 24/10/2014

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.