"Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Tolak Ayat Al Quran. Dr Maza Bagi Nasihat "
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Ketua Pemuda Umno
Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii supaya tidak membenci Al-Quran
kerana mengecam kenyataan "anjing menjelirkan lidah" semalam.
Bekas mufti Perlis itu mempertahankan kenyataan golongan
ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti "anjing menjelirkan lidah"
kerana ia dipetik daripada Al-Quran sendiri.
"Dia bukan menolak saya sebab itu bukan kenyataan saya
tetapi ayat Al-Quran yang menyebut bandingan ulama yang menyalahgunakan ilmu
seperti anjing yang menjelirkan lidah.
"Allah yang
sebut dalam surah al-A'raf ayat 176," kata Asri kepada The Malaysian
Insider.
Beliau turut mempersoalkan sikap Pemuda Umno tersebut yang
tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dipetik dalam Al-Quran tersebut.
"Kenyataan Al-Quran itu umum tidak dikhususkan kepada
ulama Umno ataupun PAS, kenapa yang beliau terasa sangat?
"Saya menyeru Pemuda Umno itu untuk beriman dan berpuas
hati serta jangan membenci Al-Quran," katanya.
Katanya, jika Pemuda Umno tersebut menolak Al-Quran ia bukan
suatu yang baik sebaliknya akan merosakkan akidah beliau.
"Sebagai umat Islam saya menyeru beliau beliau agar
beriman dan terimalah Al-Quran. Menolak Al-Quran itu merosakkan akidah,” katanya.
Semalam, Razlan berkata tindakan bekas mufti Perlis itu
bukan saja memalukan malah secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di
negara ini.
Selain itu, katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu
mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil
kesempatan memburukkan agama Islam.
"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh
agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan
memperlekeh orang Islam di seluruh Malaysia.
"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka,
akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanis (DAP) mengambil
kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan.
Beliau merujuk kepada entri status Facebook Ahli Parlimen
DAP Nga Kor Ming yang menulis:"Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam,
kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?"
Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam,
membuat kesimpulan “tidak haram menyentuh anjing” selepas merujuk beberapa
pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza.
Selepas itu Asri menulis satu lagi posting, menyamakan ulama
yang mengeluarkan “fatwa mengampu” demi kepentingan dunia sama seperti anjing
yang sentiasa menjelirkan lidah.
"Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran
itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," kata Asri. Sumber
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.