Followers

Tuesday, October 14, 2014

Tindakan Bijak Dari MB Selangor YAB Azmin Ali

 

Azmin potong gaji exco Selangor

Tidak sanggup berdepan rakyat bermasalah kos kehidupan yang tinggi, Azmin potong gaji MB, exco, speaker dan timbalan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata gaji menteri besar, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco), speaker dan timbalan speaker akan dipotong dalam Bajet Selangor 2015 yang akan dibentangkan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan depan.

Katanya, langkah itu bagi mengurangkan perbelanjaan pengurusan kerana mahu menumpukan kepada perbelanjaan sektor pembangunan.

"Saya ambil pendirian awal gaji menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker akan dipotong kepada tahap munasabah kerana kenaikan kadar pada 2013 terlalu tinggi. 


"Saya tidak boleh berdepan dengan rakyat kerana masalah kos kehidupan yang tinggi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan pagi bersama jabatan kerajaan negeri di Pejabat Daerah Gombak, hari ini.

Beliau berkata, pengurangan itu juga termasuk perbelanjaan keraian, elaun dan gaji kakitangan negeri. 



Gendang Peranng 


Komen ZAR ALI




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.