Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dirombak semula pada 2016 dan hanya
akan diberikan kepada golongan berpendapatan rendah untuk membeli
barang keperluan asas sahaja, kata pegawai tinggi Kementerian Kewangan
sebagai langkah mengelakkan skim itu disalahgunakan.
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, cara itu mampu memanfaatkan
penggunaannya secara
maksimim dan mengelakkan penerima menyalahgunakan BR1M untuk membeli
barangan mewah seperti rokok.
Sistem kupon makanan seperti yang
digunakan Amerika Syarikat (AS) apabila baucer tunai diberikan kepada
penerima yang layak mungkin dilaksanakan.
BR1M kini diberikan dalam bentuk tunai kepada isi rumah berpendapatan RM4,000. Tahun depan, agihan BR1M akan diberikan secara berperingkat sebanyak tiga kali.
Di AS, sistem baucer diberikan kepada penerima untuk
membeli barang dapur. Mohd Irwan berkata, cara lain seperti memberi
bantuan bulanan kepada pengguna MyKad juga akan dilaksanakan di pasar
raya.
Jumlah bantuan itu kemungkinan kekal tetapi dihadkan hanya untuk makanan, barangan rumah dan keperluan lain. "Kami masih meneliti pengganti BR1M jadi bantuan itu dapat diagihkan secara efektif.
Jumlah bantuan itu kemungkinan kekal tetapi dihadkan hanya untuk makanan, barangan rumah dan keperluan lain. "Kami masih meneliti pengganti BR1M jadi bantuan itu dapat diagihkan secara efektif.
"Kami sedang mengkaji pelaksanaannya pada 2016 dan mungkin mengagihkannya melalui MyKad secara bulanan," katanya kepada pemberita selepas dialog pasca Bajet 2015 di Ibu Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
BR1M ditingkatkan sebanyak RM300 dalam pembentangan Bajet 2015 pada minggu lalu. Isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dinaikkan bantuan daripada RM650 kepada RM950, manakala individu berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 diberi bantuan RM750.
Putrajaya mempertahankan agihan BR1M lebih berkesan membantu isi rumah berpendapatan rendah berbanding menanggung subsidi minyak. Pengkritik bagaimanapun berpendapat kaedah itu akan melahirkan lagi bentuk kebergantungan subsidi di kalangan golongan berpendapatan rendah terhadap kerajaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.