Followers

Thursday, October 23, 2014

Tidak Ada Dalam Kamus Perjuangan Istilah "Bersaralah, Anwar"

Mutakhir ini beberapa pihak menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbangkan keputusan mengundur diri dari kancah politik Malaysia sambil berkata “Cukuplah. Bersaralah, Anwar”.

Pada usia mudanya, Anwar memimpin golongan mahasiswa dalam melaungkan masalah kemiskinan petani di Baling. Di dalam Angkatan Belia Islam (Abim), beliau menampilkan konsep masyarakat madani.

Selepas dipikat menyertai Umno oleh Perdana Menteri ketika itu, Anwar muncul sebagai tokoh pemuda yang berbicara tentang politik wang dan amalan korupsi.

Akhirnya, DSAI disingkirkan dari parti Melayu tersebut, Anwar muncul menentang politik berteraskan kronisme dan nepotisme dengan slogan ‘Reformasi’.

Jika Anwar bersara, siapa pula yang akan menggalas tugas menerajui gabungan pembangkang kelak? Siapa di antara golongan muda yang ada hari ini yang memiliki karisma dan semangat juang sepertinya?

Siapa yang mampu menarik ratusan ribu hadirin bagi mendengar ceramah yang diberi dengan semangat berkobar-kobar persis Pak Sheikh ini?

Di kala ramai pemimpin telah tumbang ketika berdepan wang, jentera dan propaganda BN, Anwar kekal relevan di dalam kancah politik negara.

Sekiranya Anwar mengambil keputusan untuk bersara, itu haknya. Beliau tidak perlu didesak mahupun dipaksa. Bahkan, beliau boleh berkata mahu berhenti, kemudian menimbangkan semula pendiriannya.

Saya ingin bertanya kepada golongan muda yang hari ini menuntut Anwar Ibrahim agar bersara, “Siapa di kalangan kamu yang layak menggantikan beliau?” 

Jawapannya ialah, tiada seorang pun yang layak untuk menggantikan DSAI buat masa ini.Mutakhir ini beberapa pihak menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbangkan keputusan mengundur diri dari kancah politik Malaysia sambil berkata “Cukuplah. Bersaralah, Anwar”.

Pada usia mudanya, Anwar memimpin golongan mahasiswa dalam melaungkan masalah kemiskinan petani di Baling. 

Di dalam Angkatan Belia Islam (Abim), beliau menampilkan konsep masyarakat madani.

Selepas dipikat menyertai Umno oleh Perdana Menteri ketika itu, Anwar muncul sebagai tokoh pemuda yang berbicara tentang politik wang dan amalan korupsi.

Akhirnya, DSAI disingkirkan dari parti Melayu tersebut, Anwar muncul menentang politik berteraskan kronisme dan nepotisme dengan slogan ‘Reformasi’.

Jika Anwar bersara, siapa pula yang akan menggalas tugas menerajui gabungan pembangkang kelak? Siapa di antara golongan muda yang ada hari ini yang memiliki karisma dan semangat juang sepertinya?

Siapa yang mampu menarik ratusan ribu hadirin bagi mendengar ceramah yang diberi dengan semangat berkobar-kobar persis Pak Sheikh ini?

Di kala ramai pemimpin telah tumbang ketika berdepan wang, jentera dan propaganda BN, Anwar kekal relevan di dalam kancah politik negara.

Sekiranya Anwar mengambil keputusan untuk bersara, itu haknya. Beliau tidak perlu didesak mahupun dipaksa. Bahkan, beliau boleh berkata mahu berhenti, kemudian menimbangkan semula pendiriannya.

Saya ingin bertanya kepada golongan muda yang hari ini menuntut Anwar Ibrahim agar bersara, “Siapa di kalangan kamu yang layak menggantikan beliau?” 

Jawapannya ialah, tiada seorang pun yang layak untuk menggantikan DSAI buat masa ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.