Inilah cara Tengku Mahkota Johor
raikan kemenangan pasukan JDT menentang Terengganu malam tadi di
stadium Larkin di Johor Bharu. Sebagai pewaris takhta negeri Johor
sepatutnya TMJ tidak molek berkelakuan sebegini.
Rakyat tuanku dan seluruh negara melihat gelagat tuanku. Tidak adakah kelakuan yang lebih elok untuk meraikan kemenangan.
Jika tuanku rakyat biasa mungkin orang ramai tidak ambil peduli. Hanya sekadar teguran..
Addin
Rahsia Tengku Mahkota Johor Terbongkar?
Kebimbangan ke atas projek
Forest City – projek tambakan laut untuk menghasilkan pulau sebesar
separuh saiz Putrajaya di Selat Johor – masih belum reda, namun dua lagi
projek kini dalam perancangan.
Malaysiakini
pada hari Isnin lalu melaporkan mengenai penglibatan Sultan Johor dalam
projek Forest City, namun anaknya, Raja Muda Tunku Ismail Idris, juga
menunjukkan kepintaran berniaga dengan dua projek tanah tambakan itu,
yang kedua-duanya dijalankan oleh Benalec Holdings Bhd.
Empayar Tunku Ismail bukan hanya terhad di Johor.
Dalam satu pengumuman pada
September tahun lalu oleh firma Singapura, Rowsley Ltd kepada bursa
saham repulik itu SGX, ia mendedahkan bahawa Tunku Ismail menjadi
pemegang saham utama penting dalam Rowsley Ltd.
Ia timbul selepas beliau
menerima 12.78 peratus pegangan dalam Rowsley Ltd, bernilai S$81.5 juta
(RM209 million) selepas menjual 9.23 hektar tanah di Johor Bahru, yang
dimiliki Vantage Bay Sdn Bhd (VBSB), yang mana raja muda itu memiliki
pegangan 30 peratus.
Jualan tanah itu sahaja
menjadikan kekayaan Tunku Ismail, 30, melonjak melampaui tahap individu
ke-50 paling kaya di Malaysia dalam senarai Forbes 2014.
Individu dalam senarai ke-50
dalam senarai itu ialah Robert Tan, seorang pemaju hartanah yang
mencipta nama melalui projek Mid Valley City dan Garden Malls dengan
nilai harta sebanyak RM220 juta.
Menurut pengumuman kepada SGX,
70 peratus saham selebihnya dalam VBSB dipegang oleh jutawan Singapura,
Peter Lim, yang menguasai sebahagian kepentingan dalam Rowsley Ltd.
Rowsley Ltd dalam pengumumannya berkata tanah seluas 9.23 hektar itu terletak dalam kawasan utama Iskandar Malaysia.
"Ia terletak di kawasan mengadap
laut, hanya beberap ratus meter dari kemudahan Kastam, Imigresen dan
Kuarantin baru Johor, yang memeri kemudahan kepada warga Singapura untuk
mengunjunginya kerana dekat dengan Singapura,” kenyataan itu dipetik.
Ia bukanlah kali pertama jutawan Singapura itu dikaitkan dengan keluarga diraja Johor.
Pada Mac, adik kepada Tunku
Ismail, Tunku Abdul Rahman, 21 menandatangani memorandum persefahaman
dengan Soverus Group, yang turut dimiliki Lim, untuk menyedia
perkhidmatan keselamatan premium untuk Iskandar Malaysia.
Ia mendapat tumpuan Putrajaya, yang menetapkan dasar untuk tidak membenarkan firma asing mengawal keselamatan di Malaysia.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana firma keselamatan tempatan yang
didapati dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh firma asing
akan dibatalkan lesennya.
Di Johor, Tunku Ismail memiliki
kepentingan dalam dua projek tambakan, satu di barat daya Johor, di
perairan Tanjung Piai, dan satu lagi di tenggara, di perairan Pengerang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.