Puyang (China): Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk.
Bukan
saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur
tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan
payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan. Saksi berkata,
Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang.
Ia
kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan
dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang
terhadap isteri.
Dalam
kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari
membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China.
Dengan
menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung
kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum
memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu
daranya.
Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya.
Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya.
Seorang
lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin selepas penyerangnya
meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen tempatan:
"Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa.
"Isteri
dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang
wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu."
Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkanambulans.
-Agensi/hmetro
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.