Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor merupakan antara sembilan defendan yang cuba membatalkan saman yang difailkan oleh keluarga mendiang P Balasubramaniam yang akan mendedahkan peranan mereka yang didakwa menyebabkan penyiasat persendirian, isteri dan anak-anak beliau, terpaksa berada dalam buangan.
Selain Najib dan Rosmah, defendan lain ialah adik-beradik Najib, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohd Nazim, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham, anaknya Sunil Abraham, Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, peguam M Arunapalam dan peniaga permaidani Deepak Jaikshan.
Peguam Americk Singh, yang mewakili balu Balasubramaniam, A Santamil Selvi dan tiga anak mereka, perbicaraan ditetapkan 20 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohammed Hashim.
Dalam saman itu, keluarga mendiang P Balasubramaniam berkata 9 defendan itu menyebabkan SD kedua Balasubramaniam "dirangka tanpa arahan si mati dan seterusnya menyebabkan si mati menandatangani SD yang sama dalam keadaan diugut dan dipengaruh".
Antara alasan yang diberikan defendan ialah keluarga Balasubramaniam tiada sebab munasabah untuk bertindak, tindakan mereka itu satu penyalahgunaan proses mahkamah dan ia menimbulkan skandal, remeh dan menyakitkan hati.
Sekiranya perdana menteri dan lapan orang lain itu berjaya membatalkan saman itu, maka merit kes itu tidak akan diketahui oleh orang ramai. Balasubramaniam meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac, 2013, beberapa minggu selepas pulang dari India.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.