Followers

Monday, October 20, 2014

Menteri selar pengkitik 'banyak mulut' PKR

 
 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar pengkritiknya yang “banyak mulut” dengan memberi amaran supaya “sedar” terhadap Akta Hasutan.

Rahman merujuk kepada anggota parlimen Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung (bawah) yang menyifatkannya seperti pemimpin Korea Utara.

Ini ekoran tindakan Rahman menyelar Amerika Syarikat (AS) yang menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan Akta Hasutan di Malaysia.

Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya kemudian menyatakan analogi itu kepada Rahman melalui Twitter, yang menyebabkan kemarahannya.

“Kedua-dua kamu bermulut besar. Kerajaan akan jamin hak kamu untuk menggunakan atau menyalahgunakannya.

"Hanya sedar ada Akta Hasutan, OK,” tulisnya di Twitter.

Latheefa (kiri) kemudian menyerang kembali Rahman kerana didakwa mengancam pengkritiknya dengan undang-undang yang diperkenalkan di era penjajahan Malaysia itu.

Rahman semalam dilaporkan mengingatkan AS agar tidak campur tangan dalam sebarang keputusan kerajaan termasuk isu berkaitan Akta Hasutan.

Katanya, perkara itu bukan tanggungjawab mereka dan bukan senang mentadbir negara majmuk berbilang agama dengan latar belakang sejarah yang unik.
 
 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.