KUALA LUMPUR:
DAP tidak akan teragak-agak untuk mengheret Utusan Malaysia ke mahkamah
sekali lagi sekiranya meneruskan fitnah terhadap kredibiliti pimpinan
pusat, tegas Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook.
Ini, ujarnya kerana Utusan Malaysia melalui ruang “Awang Selamat” meneruskan siri pembohongan dan fitnah berterusan terhadap DAP khasnya mengenai status pemilihan semula DAP pada 29 September 2013 lalu.
"Perlu ditegaskan bahawa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sedang menyaman Utusan Malaysia di atas fitnah yang dilemparkan dalam laporan Utusan kononnya Kit Siang memanipulasi pemilihan semula DAP," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, kes tersebut masih dalam pertimbangan mahkamah dan akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Disember depan.
Katanya, dalam kolum “Awang Selamat” di Mingguan Malaysia hari ini, sekali lagi fitnah yang tidak berasas dilemparkan kononnya 120 cawangan yang belum mendaftar telah hadir dan mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP pada 29 September 2013.
"Selaku Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar tersebut," tegasnya.
Beliau telah menyatakan berkali-kali bahawa senarai perwakilan yang layak untuk mengundi dalam pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan dalam Kongres Khas pada 29 September 2013 adalah senarai yang sama yang digunapakai dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP pada 15 Disember 2012.
Tambahnya, tidak ada sebarang perubahan dalam senarai perwakilan tersebut dalam pemilihan semula pada 29 September 2013 yang diarahkan oleh ROS.
"Malah, semua persoalan ini dan semua laporan yang dikehendaki oleh ROS telah pun dihantar kepada pegawai penyiasat ROS yang bertanggungjawab dalam kes ini," ujarnya lagi.
Katanya, angka 120 cawangan yang belum mendaftar yang dilemparkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab sebenarnya adalah jumlah permohonan cawangan baru yang telah dihantar kepada ROS secara berperingkat sejak bulan Mei 2013 yang masih belum diluluskan oleh ROS.
"Cawangan-cawangan ini langsung tidak terlibat dengan pemilihan semula yang telah dijalankan pada 29 September 2013!" jelasnya yang juga Ahli Parlimen Seremban.
Beliau berkata, taktik Utusan Malaysia ialah mengulangi pembohongan dan fitnah mereka secara berterusan dengan mengharapkan apabila sesuatu pembohongan diulangi 100 kali, maka ada orang yang akan mempercayai bahawa tuduhan liar tersebut adalah benar.
"DAP tidak akan teragak-agak untuk mengheret Utusan Malaysia ke mahkamah sekali lagi sekiranya mereka meneruskan pembohongan dan fitnah terhadap kredibiliti pimpinan pusat DAP," tegas beliau. - HARAKAHDAILY 19/10/2014

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.