LAPORAN LANGSUNG
12.45pm: Gopal berkata berlaku penyalaharahan (misdirection) oleh Mahkamah Tinggi dan dengan itu, membuat sabitan adalah tidak selamat.
Beliau akan menyentuh satu lagi isu penyokongan bukti dan memohon untuk berehat. Mahkamah kini berhenti rehat.
12.35pm: Gopal berkata keterangan Saiful patut diberi penelitian yang rapi.
Peguambela itu berkata beliau mempunyai dua jam lagi untuk berhujah ketika hakim meminta beliau berhenti pada jam 1 tengah hari.
Hakim Arifin bertanya sama ada beliau boleh selesai esok.
Shafee menjawab mereka sudah bersedia untuk sepanjang minggu, jadi mahkamah boleh mendengar perkara itu sehingga hari Khamis.
12.25pm: Gopal, yang sebelum ini pernah mewakili Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim, berkata Mahkamah Rayuan gagal untuk menghargai hujah pihak pembela.
Katanya, jika diterima ia akan menunjukkan PW1 adalah rakan jenayah dan tiga doktor HKL tidak boleh menyokong (atas kejadian itu) di bawah undang-undang (kerana mereka bukan yang pertama membuat memeriksa)."
Peguambela itu berkata dalam kes ini, ia bebas diakui oleh pihak pembelaan bahawa Saiful berada di kondominium Desa Damansara tetapi kehadirannya di unit kondominium yang dikatakan itu dipersoalkan.
Semasa perbicaraan, ada bukti bahawa pemilik kondominium itu mempunyai dua unit di situ, di mana salah satu daripadanya telah digunakan untuk mesyuarat Anwar.
Katanya, tidak ada satu pun bukti yang Saiful PW1 berada dikondominium itu (di mana kejadian liwat dikatakan) berlaku.
12:15pm: Gopal berkata aduan pertama dibuat di Pusrawi, dan pihak pendakwaan tidak memanggil Dr Osman.
Pokoknya, kata beliau, ialah aduan ke Hospital Kuala Lumpur tidak boleh diterima, kerana ia tidak menjadi bukti yang menguatkan.
Katanya, hanya aduan pertama dapat digunakan untuk menguatkan dan bukan aduan yang berikutnya," kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu.
12pm: Menunjuk ke penghakiman Mahkamah Rayuan, Gopal berkata tidak ada dapatan bebas yang Saiful boleh menjadi seorang rakan jenayah.
Beliau berhujah, Saiful sebagai peserta dalam melakukan satu kesalahan, dalam keadaan persekitaran itu, keterangannya mestilah disokong.
11.50am: Gopal berkata memandangkan bukti kejadian masa lalu telah dihapuskan, maka keterangan itu tidak boleh diambil kira.
Beliau berhujah bahawa satu kesimpulan yang adil ialah Saiful telah menambahnya.
Beliau berkata keterangan dari Saiful adalah bersifat mustahil, memang luar biasa, dan tidak ada penilaian dari hakim yang arif terhadap maksud penting yang menimbulkan keraguan serius terhadap keterangan yang diberikan.
Katanya, jika ia bukan secara rela, mengapa Saiful membawa bahan pelincir.
Menurut Gopal, kenapa Saiful membawa bahan pelincir dan mencuci seluar dalamnya.
Menurutnya, seorang yang kersik seumpama itu, dia lebih suka untuk tidak mencuci duburnya.
Soalan-soalan ini, tegas Gopal, tidak terdapat dalam kes pendakwaan.
Beliau berkata penemuan hakim perbicaraan mengenai kredibiliti, tidak dapat ditegakkan.
11.40am: Gopal berkata keterangan Saiful yang berkata terdapat bukti liwat yang lalu telah dihapuskan.
Bagaimanapun, Hakim Abdull Hamid berkata Saiful ada memberi keterangan bahawa perayu telah melakukan ejakulasi dalam duburnya seperti sebelumnya.
Hakim Md Raus berkata ini disebutkan semasa Saiful disoal balas.
11.25am: Gopal berkata kelakuan Saiful tidak konsisten dengan seseorang yang telah diliwat 24 jam sebelumnya.
Katanya, Saiful bertemu dengan seorang pegawai polis (Mohd Rodwan) sebelum kejadian liwat itu, dan tidak ada sebab untuk Saiful menunggu selama dua hari sehingga dia membuat laporan polis.
11.20am: Gopal berkata gambar itu adalah untuk menunjukkan sikap Saiful. Saksi itu, tambahnya, mengakui bahawa dia dalam gambar tersebut.
Gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti dan hanya ditanda sebagai ID (pengenalan).
Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Gopal mahu menunjukkan sikapnya (Saiful).
"Ya, dia mengakui dia ada di sana dan tidak mahu menjawab soalan apabila ditanya oleh Karpal yang dia nampak gembira.
"Kamera tidak berbohong. Dia tidak murung," jawabnya.
Gopal berkata hakim perbicaraan melakukan kesilapan undang-undang dengan tidak menerima gambar itu.
Hakim Suriyadi berkata Karpal telah biarkan ia ditandakan sebagai ID.
Bagaimanapun, Gopal berkata ia satu konsesi yang dibuat pada masa itu dan memetik satu kes undang-undang di mana bukti-bukti tersebut diterima.
Tambahnya, Saiful bersikap seperti biasa dan tidak konsisten dengan kes yang mendakwa dia telah diliwat dengan ganas sebelum itu.
11.10am: Pendengaran disambung semula dengan Gopal
meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku.
Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim.
"Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima)," tambahnya.
LIVE UPDATE! RAYUAN TERAKHIR KES LIWAT ANWAR
Putrajaya – Rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bermula di Mahkamah Persekutuan, hari ini.
Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria kini mendengar hujahan daripada pasukan pembelaan terdiri daripada 14 peguam mewakili
Anwar, diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan.
Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Shariff dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Mahkamah juga akan mendengar rayuan balas pihak pendakwaan untuk menambah hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar.
Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu. Beliau dibantu Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.
10.45 pagi: Pengamal media yang hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini melahirkan rasa kesal selepas hanya 18 agensi media dibenarkan membuat liputan perbicaraan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata orang ramai disekat daripada mendapat laporan adil perbicaraan mahkamah ekoran hanya beberapa media bebas dibenarkan masuk.
“Apa motif hantar RTM untuk dengar perbicaraan? Mereka hanya benarkan satu agensi media antarabangsa.
“Saya tak curiga kerajaan mahu mengurangkan laporan yang mencemarkan institusi kehakiman. Ada dua atau tiga media online dibenarkan masuk, kita hanya bergantung kepada laporan mereka,” katanya kepada pemberita di perkarangan Istana Kehakiman.
Wartawan yang mula berhimpun di Istana Kehakiman hari ini kesal apabila hadir seawal jam 5.30 pagi, namun media terpilih sahaja dibenarkan masuk.
Difahamkan hanya AFP selaku media antarabangsa dibenarkan membuat liputan perbicaraan pada hari ini.
10.30 pagi: Gambar sekitar antara yang hadir di luar mahkamah untuk memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan.
Kedahkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.